View: 2940|Reply: 0
|
[Kelantan]
1,000 penduduk Orang Asli Pos Gob ‘putus’ hubungan jalan rosak
[Copy link]
|
|
LALUAN jalan balak ke perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan rosak teruk akibat hujan.-IHSAN PENDUDUK.
GUA MUSANG: Kira-kira 1,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Gob di sini mendakwa ‘terputus’ hubungan selepas tidak dapat keluar ke bandar ini apabila jalan masuk ke pos terbabit rosak teruk akibat hujan sejak dua minggu lalu.
Dakwa mereka, situasi itu menyebabkan mereka terpaksa berjimat sementara menunggu cuaca kembali baik seperti biasa.
Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Aman Angah berkata, selain berdepan risiko kemalangan dan terpaksa bermalam di dalam hutan diselubungi kebimbangan peningkatan mendadak paras air Sungai Gob serta Sungai Puyan.
“Sejak dua minggu lalu kami tidak dapat keluar kerana hujan berterusan yang menyebabkan jalan rosak dan memberi risiko kepada kami yang menggunakan motosikal.
“Ketika ini kami hanya makan ubi kayu dan berjimat dengan bekalan makanan yang ada kerana tidak dapat keluar seperti biasa,” katanya dihubungi di sini hari ini.
Aman memberitahu, beberapa hari lalu sekumpulan penduduk terpaksa bermalam di tengah jalan dan mengambil masa lebih lima jam untuk ke bandar.
Sementara itu, seorang penduduk Kampung Gob, Roslan Along, 54, berharap pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dapat membantu kerana bekalan makanan semakin berkurang.
“Saya harap pihak kerajaan dapat buat jalan berturap batu dari Pos Simpor hingga ke Pos Gob supaya mudah untuk kami keluar dan masa perjalanan juga semakin singkat,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... bungan-jalan-rosak/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|