CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8225|Reply: 0

[Terengganu] Kibar, gantung bendera negara tidak ada hubungan diplomatik, kena mohon permit

[Copy link]
Post time 5-12-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan. FOTO ROHANIS SHUKRI

Kuala Terengganu: Polis menasihat mana-mana pihak atau individu tidak sesuka hati mengibarkan dan menggantung bendera luar negara tanpa kebenaran di negeri itu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, semua pihak perlu mendapatkan permit terlebih dahulu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu jika mahu berbuat demikian.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu ada pihak yang mengibarkan bendera tanpa mendapatkan permit terutama negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

"Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak mengibarkan sebarang bendera yang boleh menyentuh sensitiviti dan serta menggugat ketenteraman awam di negeri ini.



"Apa-apa bendera yang ingin digantung atau dikibarkan mesti terlebih dulu mendapatkan permit dan kelulusan daripada PBT.

"Kita tidak mahu ada yang menggantung bendera sesuka hati terutama bendera negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mazli berkata, pihaknya boleh mengambil tindakan kepada mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di Marang atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... plomatik-kena-mohon

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065432 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list