CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8133|Reply: 0

[Pahang] Muhammad Aqil masih sesuaikan diri dengan kaki palsu

[Copy link]
Post time 5-12-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Mutalib memakaikan kaki palsu kepada Muhammad Aqil. FOTO Amir hamzah Nordin

Jerantut: Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) Muhammad Aqil Naufal Zaharin yang berlari dalam acara 100 meter bersama gurunya di Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut yang videonya tular di media sosial masih kekok menggunakan kaki palsu disumbangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Muhammad Aqil, 11, masih selesa menggunakan tongkat yang biasa digunakan berbanding kaki palsu untuk ke sekolah Program Pendidikan Inklusif Penuh di Felda Lepar Utara Satu menyertai kegiatan kokurikulum, kelas fardu ain serta ketika berada di rumah.

Bapa saudaranya, Abdul Mutalib Mat Desa, 62, berkata, mungkin Muhammad Aqil belum sesuai dan memerlukan masa untuk menggunakan kaki palsu itu sepenuhnya.

"Anak saudara saya cuma mampu menapak perlahan-lahan dan tidak mampu mengangkat bahagian kaki palsu yang disumbangkan itu dan perlu melakukan latihan selalu.



"Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas sumbangan ini, agaknya dia belum biasa untuk 'mengawal' mekanikal kaki palsu menyebabkannya sukar bergerak,' katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Lepar Utara 2.

Sementara itu, ibu murid OKU itu, Noor Hafizah Mat Desa, 36, berkata, dia kerap memberikan galakan dan semangat kepada anaknya agar terus cuba memakai serta menyesuaikan diri memakai kaki palsu itu ketika berada di rumah.

"Saya memaklumkan kepada Muhammad Aqil supaya berlatih perlahan-lahan memakai kaki palsu yang berharga RM12,500 di rumah supaya dapat menyesuaikan diri dan yakin ini mengambil sedikit masa bagi membolehkan dia bergerak dengan selesa.

"Ketika ini, dia masih terus bermain bola sepak dengan menggunakan tongkat kerana dia berminat dengan sukan itu serta berterima kasih kepada kerajaan, Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) dan semua pihak yang memberikan penghargaan serta galakan kepadanya supaya maju dalam pelajaran dan sukan," katanya.

Menurutnya, anaknya itu mengalami jangkitan kuman di kaki ketika berusia tiga tahun pada 2015 dan memerlukan pembedahan membuang keseluruhan kaki sebelah kiri sehingga hampir ke paras pinggang sebelum ini di Hospital Kulim dan Pulau Pinang.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Felda Lepar Utara Satu itu, Muhammad Aqil bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh serta berhasrat untuk menyertai sukan untuk OKU seterusnya mahu mewakili negara.

"Saya berterima kasih kepada guru, kawan-kawan sekolah yang kerap memberi galakkan dan bantuan serta ibu dan keluarga yang sering meletakkan keprihatinan mereka kepada saya.

"Saya akan cuba melakukan latihan mengguna kaki palsu yang disumbangkan oleh kerajaan semasa cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-dengan-kaki-palsu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.240489 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list