CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6265|Reply: 3

[Politik] PN semakin lemah! Semakin ramai ADUN pembangkang khabarnya sokong Kerajaan Perpaduan dalam senyap....

  [Copy link]
Post time 7-12-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 7-12-2023 09:44 AM

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad enggan mendedahkan nama ADUN Perikatan Nasional (PN) Perak yang didakwanya mahu menyokong pentadbiran Kerajaan Perpaduan Perak.

Beliau bagaimanapun menegaskan, gesaan dirinya bertindak demikian dengan meminta rujukan dibuat kepada apa yang berlaku di peringkat Dewan Rakyat.

ADUN itu merujuk situasi apabila Ahli-ahli Parlimen PN pada mulanya menyokong kepimpinan parti, namun kemudiannya beberapa daripada mereka beralih sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di situ kita boleh nampak cabaran yang dibuat itu untuk menutup kekurangan dan kelemahan parti PN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin semalam mencabar ADUN Hulu Kinta itu untuk mendedahkan nama ADUN seperti didakwanya.

Mengulas lanjut, Muhamad Arafat  meminta Zainol Fadzi lebih menumpukan kepada partinya yang dianggap beliau berada dalam keadaan bermasalah.

ADUN PKR itu menyatakan beliau juga akan bertemu dengan kepimpinan partinya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semalam berkata tiada sesiapa merujuk atau memaklumkan kepadanya berkenaan ADUN Pembangkang negeri yang beralih sokongan kepada pentadbiran negeri dan meminta Muhamad Arafat Varisai bertanggungjawab atas kenyataan itu. – UTUSAN







Single Polls, Total 16 Users voted

Count down: 111 Days16 Hours17 min.

Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 12:11 PM | Show all posts
tak sia2 jd walaon..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpoknya impian Edy Bawang&the gang utk tebok atap makin musnah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:27 PM | Show all posts
peruntukan punya pasal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 1.495328 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list