|
SEORANG kontraktor maut selepas dilanggar sebuah treler di Kilometer 63.5, Lebuh Raya Utara - Selatan arah utara, Kluang awal pagi hari ini.
KLUANG – Seorang pekerja kontraktor lebuh raya yang sedang memasang kon maut selepas dilanggar sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 63.5 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara), dekat sini pada awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu mengakibatkan mangsa, K Krishnan Kutty, 51, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati treler berkenaan dari Johor Bahru ke arah Kuala Lumpur, apabila sampai di tempat kejadian treler tersebut terlanggar mangsa yang sedang bekerja di tempat kejadian.
“Mangsa didapati berjalan di luar garisan lorong kecemasan iaitu di lorong kiri jalan serta di luar kon semasa membuat kerja pemasangan kon untuk kerja-kerja pembaikan jalan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, selepas melanggar mangsa treler terus bergerak meninggalkan tempat kejadian tanpa berhenti.
Katanya, terdapat saksi yang melihat kejadian berlaku iaitu rakan kerja mangsa namun tidak dapat mengenal pasti jenis dan nombor pendaftaran treler berkenaan kerana kawasan kejadian gelap tanpa lampu jalan.
Tambah beliau, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... t-dilanggar-treler/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|