CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5138|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bukan senang jadi bapa tunggal, kami juga perlukan sokongan emosi

[Copy link]
Post time 11-12-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Nasarudin bersama dua anak. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Bergelar bapa tunggal sejak enam tahun lalu bukan mudah bagi Nasarudin Mahmud Albakri, 56, malah dia turut berdepan pelbagai cabaran bagi membesarkan empat anak, termasuk dua berstatus orang kurang upaya (OKU).

Sejak isterinya meninggal dunia pada 2018, Nasarudin terpaksa berhenti kerja di Lembah Klang dan tinggal di kampung untuk menguruskan anak selain pada masa sama, mengambil upah kerja kampung sebagai mata pencarian.

Menurutnya, ramai melihat ibu tunggal yang berhadapan dengan dugaan dan perlu dibantu, namun bapa tunggal juga perlukan sokongan, terutama daripada segi emosi.

"Sebelum ini, saya bekerja sebagai penyelia dalam sektor makanan dan minuman (F&B) di Subang, Selangor. Ketika itu, isteri yang menguruskan empat anak termasuk anak sulung dan keempat yang berstatus OKU.



"Pada 2018, isteri meninggal dunia akibat serangan jantung ketika tidur. Saya ambil keputusan berhenti kerja dan memberi tumpuan terhadap anak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 8, Labu, di sini.

Nasarudin berkata, anak sulung, Mohd Firdaus, 25, dikategorikan sebagai lembam, manakala anak bongsu Mohd Fazriq, 18, didiagnosis sebagai hyperaktif dan dua lagi masing-masing berusia 21 serta 23 tahun baru mendapat kerja.

"Jika saya keluar mengambil upah kerja kampung, abangnya akan menjaga dan memantau Fazriq. Namun, dengan situasi Firdaus juga yang tidak mampu berfikir dengan sempurna, membuatkan saya tidak boleh meninggalkan mereka dalam masa lama.

"Pada tengah hari, saya perlu sediakan makan. Fazriq akan mengamuk jika makanan lambat disiapkan.

"Walaupun usianya 18 tahun, namun dia masih berkelakuan seperti anak kecil. Dia kerap melompat dan sangat aktif malah ada kalanya, barangan rumah turut rosak.

"Saya juga tidak pergi jauh untuk bekerja. Jika ke rumah saudara-mara untuk beraya, kami bergilir-gilir menjaganya di dalam kereta kerana dia sukar dikawal," katanya.

Luah Nasarudin, dia kini menumpang di rumah milik keluarga isterinya dan pernah memohon untuk mendapatkan rumah projek perumahan rakyat (PPR), namun masih belum ada rezeki.

"Ketika saya masih hidup ini, mungkin saya boleh usahakan tempat tinggal untuk anak-anak. Jika saya tiada esok dan masih menumpang di rumah ini, kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.

"Dengan pendapatan yang tidak seberapa, saya tidak mampu untuk membeli rumah dan kerana itu memohon PPR. Simpanan ketika bekerja dulu sebagai bekalan untuk anak-anak kelak," katanya.

Menjawab jika berniat untuk mencari ibu baharu kepada anak-anaknya, Nasarudin berkata, dia berpendapat mungkin tiada wanita yang sanggup menerima keadaan anak-anaknya.

"Sebenarnya, bergelar bapa tunggal terutama yang kehilangan isteri kerana meninggal dunia ini juga satu cabaran bagi golongan lelaki, bukan terhadap wanita sahaja," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ukan-sokongan-emosi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038563 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list