|
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu menunjukkan ulat sawa yang ditangkap di pejabat APM Gong Badak. Foto FAIZUL AZLAN RAZAK
Kuala Nerus: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu merekodkan sebanyak 7,023 kes tangkapan ular di negeri ini sepanjang Januari hingga November lalu.
Timbalan Pengarah (Operasi) APM Terengganu Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin berkata, pihaknya mendapati dua kes tertinggi berlaku pada musim tengkujuh pada Oktober dan November lalu.
Menurutnya, sebanyak 835 kes tangkapan dilakukan pada Oktober, manakala 730 kes pada bulan lalu ketika negeri ini sedang dilanda banjir.
"Kuala Terengganu menjadi daerah tertinggi sebanyak 2,444 kes diikuti Marang (1,065), Dungun (973), Besut (909), Hulu Terengganu (583), Kemaman (530) dan Setiu (358).
"Kita dapati ular sawa batik paling banyak ditangkap lalu diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya ditemui di Pejabat APM Gong Badak, di sini, hari ini.
Katanya, sebahagian besar kes tangkapan ular yang dilakukan di dalam rumah dan kawasan lembap.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-banyak-ditangkap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|