CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6023|Reply: 0

Baju Messi berharga RM36.44 juta

[Copy link]
Post time 15-12-2023 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Baju Messi berharga RM36.44 juta


New York: Jersi yang dipakai bintang Argentina Lionel Messi pada perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar boleh dikatakan 'laku keras' selepas terjual pada harga $7.8 juta (RM36.44 juta) dalam satu lelongan baru-baru ini.

Menurut rumah lelong Sotheby's memaklumkan jersi yang dipakai pemain berusia 36 tahun itu mendapat tiga bidaan yang dianggap sebagai pakaian bergaris biru muda dan putih ikonik dipakaiannya pada aksi Piala Dunia bersejarah itu.

" Harga jersi ini memecahkan rekod bagi jualan item yang berkaitan daripada bintang Argentina itu, dan adalah item sukan yang paling berharga yang dijual dalam pelelongan sepanjang tahun ini," menurut Sotheby's.

Mengikut rekod, Messi membantu Argentina meraih kemenangan 4-2 menerusi penalti ke atas Perancis di stadium Lusail, Qatar yang berkapasiti 80,000 pada 18 Disember tahun lalu.

"Piala Dunia Fifa 2022 adalah peristiwa terbesar dalam sejarah sukan apabila Messi membuktikan dia adalah pemain terhebat sepanjang zaman.

"Jualan enam baju ini adalah satu peristiwa monumen dalam sejarah pelelongan, menawarkan peminat dan pengumpul koleksi peribadi membabitkan pencapaian tertinggi Messi.

"Adalah suatu kehormatan bagi Sotheby's untuk menyajikan dan mempamerkan koleksi bernilai ini kepada orang ramai, yang menggambarkan kecemerlangan pemain bola sepak itu," kata Ketua Koleksi Moden Sotheby's Brahm Wachter.

Pada awal bulan ini, pemain hebat itu dinobatkan sebagai 'atlet tahunan' oleh majalah Times untuk musim ini selepas mempamerkan aksi mengagumkan selain turut menerima anugerah Ballon d'Or untuk kali kelapan.

Messi ketika ini beraksi bersama Inter Miami dalam saingan Major League Soccer selepas berpindah dari Paris Saint-Germain.-AFP


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erharga-rm3644-juta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083231 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list