CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3379|Reply: 0

Hamil selepas ambil anak angkat

[Copy link]
Post time 15-12-2023 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Hamil selepas ambil anak angkat


Penaung Yayasan OphanCare, Cik Puan Besar Kalsom Abdullah, (empat dari kanan) bersama Pengerusi Orphancare, Tan Sri Faizah Mohd Tahir, (lima kanan) dimajlis Sambutan Yayasan OrphanCare ke 15. - Foto NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: "Kehadiran Putri Nur Balqis di dalam keluarga mengisi kesunyian kami dan memenuhi impian saya ingin bergelar ibu kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga belum dikurniakan cahaya mata.

"Kami mengambil Putri sebagai anak angkat (nama panggilan manja) daripada Yayasan OprhanCare yang ketika itu masih bayi. Kini Putri sudah berusia 13 tahun.


Putri Nur Balqis sewaktu kecil.


"Semuanya bermula, ketika saya melayari laman web dan melihat Pengasas Yayasan OrphanCare, Allahyarham Datuk Adnan Mohd Tahir dan saya tertarik usaha yayasan yang menjaga anak ditinggalkan ibu kandung.

"Selepas mendapat persetujuan suami, Mohd Shahrizal Ab Jalil, kami menghubungi Yayasan OrphanCare untuk mengambil anak angkat.

"Kemudian, saya terus mendaftarkan diri di Yayasan OrphanCare dan mengikuti pelbagai kursus diaturkan sebagai prosedur sebelum mendapat panggilan mengambil anak angkat," kongsi Dr Sofea Nur Ain Tan Abdullah, 47, mengimbau detik permulaan mengambil anak angkat.

Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Yayasan OrphanCare Ke-15 di sini, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 12 DISEMBER 2023. Penaung Yayasan OphanCare, Cik Puan Besar Kalsom Abdullah, (empat dari kanan) bersama Pengerusi Orphancare, Tan Sri Faizah Mohd Tahir, (lima kanan) dimajlis Sambutan Yayasan OrphanCare ke 15. - Foto NSTP/Fathil Asri


Turut hadir, Penaung Yayasan OrphanCare, Cik Puan Besar Kalsom Abdullah; Pengerusi Yayasan OrphanCare, Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby, Puan Sri Normah Hashim.

Dr Sofea yang mempunyai klinik sendiri di Petaling Jaya, bersyukur kerana diberi kemudahan ketika menjaga Putri ketika kecil kerana tidak banyak masalah dan ragam.

Hamil selepas 7 tahun tunggu zuriat sendiri

Paling mengujakan, selepas dua tahun menjaga Putri Nur Balqis, Dr Sofea disahkan mengandung dan melahirkan bayi lelaki, Syazwan Rizq, kini berusia 11 tahun.

"Saya juga rasa bertuah kerana mendapat zuriat sendiri selepas tujuh tahun menunggu berusaha sebaik mendirikan rumah tangga," katanya.

Jiwanya untuk menambah anak tidak pernah pudar, kemudiannya beliau mengambil lagi seorang anak angkat, beberapa tahun lalu diberi nama, Adam Rizq kini berusia sembilan tahun.

"Saya memberikan kasih sayang tidak berbelah bagi kepada semuanya dengan sama rata dan adil, tanpa mengira anak kandung atau angkat," katanya.

Walaupun sudah mempunyai anak sendiri, beliau menganggap Putri dan Adam Rizq seperti anak sendiri.

"Saya juga bangga Putri dilantik sebagai ketua pengawas sekolah ketika di Tahun Enam dan menjadi pelajar cemerlang," katanya.

Bantuan pendidikan

Sementara itu, suri rumah juga ibu tiga anak berusia antara 11 bulan sehingga 11 tahun, Fairuz Fajilah Zulkapli, 36, bersyukur Yayasan OrphanCare, memberi bantuan pendidikan untuk anaknya yang bersekolah sejak tahun lalu.

Beliau menetap di Bangi juga tidak menyangka, yayasan juga memberi bantuan lain kepada

mereka yang memerlukan sepertinya.

"Saya bersyukur bantuan diberikan oleh Yayasan OrphanCare kepada kami sekeluarga kerana ia amat meringankan beban terutama pendidikan anak.

"Tahun lalu, situasi mencabar buat kami sekeluarga kerana, selain suami dibuang kerja, kaki saya juga dipotong kerana penyakit kencing manis.

"Keadaan ini kadang kala menyebabkan saya agak tertekan kerana tidak dapat berjalan seperti sebelum ini, namun saya semakin reda," katanya pernah mengusahakan Taska sebelum ini.


Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... s-ambil-anak-angkat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059725 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list