View: 3753|Reply: 0
|
Tottenham hampiri kedudukan empat terbaik liga
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/spur_1702688665.jpg)
PEMAIN Tottenham Dejan Kulusevski scores menjaringkan gol kedua ketika menentang Nottingham Forest
Nottingham: Tottenham semakin hampir untuk mengejar kedudukan empat terbaik Liga Inggeris selepas merakam kemenangan 2-0 mengatasi Nottingham Forest.
Tonggak pasukan terbabit Richarlison dan Dejan Kulusevski dijulang sebagai hero selepas memastikan kemenangan berpihak kepada Tottenham.
Richarlison meletakkan skuad kendalian Ange Postecoglou di depan pada babak pertama dan Kulusevski menambah jaringan selepas rehat aksi di City Ground.
Pemain tengah Tottenham, Yves Bissouma dibuang padang kerana terjahan berbahaya ketika permainan berbaki 20 minit, namun pelawat tetap cemerlang mengekalkan kelebihan hingga wisel penamat untuk kemenangan kedua berturut-turut.
Pasukan itu ketika ini sudah keluar daripada kemarau kemenangan sejak menewaskan Newcastle United tempoh hari.
"Richarlison adalah peledak berbisa. Saya gembira dengan prestasinya ketika latihan dan saya yakin dia mampu menjalankan tugas buat kami.
"Ia perlawanan yang sukar di sini. Anda perlu berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu. Apabila bola keluar untuk lontaran ke dalam, terasa seperti dibolosi gol," kata Postecoglou.
Forest pula masih belum merakam kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka dan hanya menang sekali dalam 13 perlawanan, sekali gus menambah tekanan ke atas pengendalinya, Steve Cooper.
Namun, lebih malang adalah Forest kini lima mata di atas zon penyingkiran, tetapi jurang itu akan berubah bergantung kepada keputusan pasukan lain yang juga bergelut menyelamatkan kedudukan masing-masing. - AFP
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -empat-terbaik-liga |
|
|
|
|
|
|
| |
|