CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15297|Reply: 0

Peluang skuad B-23 pula kecewakan China

[Copy link]
Post time 16-12-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin (kiri) turut tersenarai pada latihan pusat B-23 kali ini. - FAM

KUALA LUMPUR – Selepas skuad senior, kini giliran ‘adik’ berpeluang kecewakan China apabila pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara dijadualkan menentang China B-23 pada aksi persababatan.

Daripada kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini, skuad kendalian Juan Torres Garrido akan berlepas ke Shanghai, China, Khamis ini.

“Para pemain akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa ini, 19 Disember 2023 sebelum dijadual berlepas ke Shanghai, China pada Khamis, 21 Disember 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 menentang China B-23,” menurut kenyataan FAM.

Pada aksi persahabatan September lalu, Harimau Malaya yang diketuai Kim Pan-gon cipta sensasi apabila berjaya mengikat China 1-1 dan kali ini skuad muda negara dijadualkan menentang China B-23 dua kali pada 23 dan 26 Disember ini.

Pada panggilan latihan pusat kali ini, Torres Garrido memanggil Mukhairi Ajmal Mahadi, V. Ruventhiran dan Alif Zikri Zaini Anuar bagi menggantikan Ubaidullah Shamsul Fazili, Adam Farhan Mohd Faizal dan Haqimi Azim Rosli yang alami kecederaan.


PERTAHANAN Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili (dua dari kiri) terpaksa disisihkan pada latihan pusat kali ini selepas dilaporkan mengalami kecederaan lutut ketika final Piala Malaysia, 8 Disember lalu. – FAM

Dua aksi persahabatan kali ini akan beri gambaran awal buat Torres Garrido untuk menyiapkan skuad terbaik bagi hadapi Piala Asia B-23 di Qatar, bulan depan.

Skuad B-23 diundi dalam Kumpulan D dan akan membuka saingan bertemu Uzbekistan pada 17 April, Vietnam (20 April) sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Kuwait (23 April). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... la-kecewakan-china/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.266433 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list