kalau tengok video tu --teringat zaman kecik2 naik bas mini -
first time bas mini kat KL 1975 -- masa tu tambang 40sen -
murah cepat - pastu mcm2 colour -- semua kita hafal
yang pasti masa tu ke Kg Pandan ada 2 nombor
colour : Biru laut
1 - no 31A 2 - no 25
no 31 akan lalu ke jalan pudu - sampai chow kit road
no 25 akan ikut jalan pekeliling (sekarang Jalan tun razak) masuk
ke Bukit Bintang ke Raja Chulan
after few years -- no 31A dimansuhkan -- jadi No 25 aje kekal Kg Pandan
tapi no 25 - tak lalu dah ke Bukit Bintang --- tapi akan ikut jalan pudu ke jalan
silang ke chow kit road -
masa saya tuition kat Ming Institute di Jalan Tuanku Abdul Rahman kat Chow Kit tu
mmg kena naik bas mini no 25 la -- popular kat chow kit tu especially depan Batu Road
semua bas mini port kat situ -- kalau warna ungu no 10 dan no 11 ke Selayang dan Batu Caves
kalau warna kuning - no 12 dan no 19 - ke Jalan Universiti - dan SS2 dan SS19
kalau no 14 pun kuning - ke Jalan Semangat PJ Old Town
kalau no 48 - ke SS21 SS22 - lalu jalan Parlimen -
no 33 - Sungei Way
banyak lagi la kalau nak tulis 41 ada 44 ada 31 pun ada ke tapi ke Taman Ehsan (Kepong)
anyway -- saya kenal kebanyakkan driver bas mini No 25 tu sbb selalu naik -
nombor plate bas pun hafal -- sbb saya cuma suka naik bas yang akan pasang radio aje
sbb suka dengar lagu2 zaman tu mcm lagu2 sweet charity ke lagu2 best -
conductor pulak -- mmg kenal ler --- salah sorang tu Azean Yusof - yang berlakon Azura tu -
mmg NOSTALGIA bila tengok clips video bas mini ni
btw bas mini tukar warna pink utk semua area -- tak best la bila semua sama
tapi mungkin depa nak standardized
yang paling tak boleh lupa bila naik bas mini:
CONDUCTOR BAS JERIT --- BELAKANG LAGI!! BELAKANG LAGI BELAKANG LAGI LAGI LAGI !!! lol -
sampai ada yang masuk ikut tingkap!!! dan berdiri kat tangga pintu -- nak dapat ramai penumpang
punya pasal!! macam2 bau ada especially bila time orang balik kerja!! -- haha
penah la merasa naik bas mini ni. mmg hazab especially time peak hour. sanggup la bg lps tunggu yg kurang penuh (wlupun masih gak penuh tp at least blm tahap sadin la) b4 naik.