CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8582|Reply: 0

[Terengganu] Banjir: 2,298 mangsa masih terjejas di Terengganu

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Ismail Jusoh memindahkan pasu bunga di laman rumahnya yang masih ditenggelami banjiri di Kampung Paya, Balai Besar, Dungun hari ini.


KUALA TERENGGANU – Seramai 2,298 mangsa daripada 546 keluarga masih terjejas banjir di Terengganu melibatkan lima daerah di negeri ini.

Lima daerah tersebut ialah Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Setiu dan Besut.

Kemaman pula telah pulih sepenuhnya dengan 206 mangsa daripada 49 keluarga yang berada di tiga PPS sebelum ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal daerah paling terjejas dengan 1,671 mangsa daripada 413 keluarga masih berada di 14 PPS.

“Seramai 257 mangsa daripada 45 keluarga pula berada di empat PPS di Marang.

“Sebanyak empat PPS yang menempatkan 80 mangsa daripada 22 keluarga masih aktif di Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Besut pula hanya tinggal lapan mangsa daripada dua keluarga yang berada di PPS Sanggar Dato’ A. Rahim.

Beliau berkata, walaupun banjir gelombang kedua di Terengganu mula menunjukkan trend sedikit menurun, langkah berjaga-jaga tetap diambil memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ejas-di-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.095216 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list