View: 6714|Reply: 0
|
[Kelantan]
Banjir: Mangsa di Kelantan meningkat kepada 5,093
[Copy link]
|
|
Keadaan banjir di Rantau Panjang, semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,093 orang pagi ini, berbanding 4,840 mangsa, malam tadi.
Kesemua mangsa membabitkan 1,622 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.
Sehingga 8 pagi ini, hanya dua daerah di Kelantan masih dilanda banjir membabitkan Pasir Mas dan Tanah Merah.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 4,969 mangsa yang ditempatkan di 15 PPS.
Di Tanah Merah, hanya satu sahaja PPS dibuka yang menempatkan 124 mangsa.
Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.08 meter (m), dan Sungai Golok di di Kuala Jambu, Tumpat melepasi paras waspada iaitu 2.32 m.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ningkat-kepada-5093 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|