CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16577|Reply: 133

Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin Dan Keselamatan Sesak Teruk, 80,000 Orang Malaysia Nak Masuk Thailand

[Copy link]
Post time 19-12-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Kesesakan luar biasa di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam sejak Jumaat lalu apabila lebih 80,000 pelancong dari negara ini bercuti ke Thailand.


Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, kesesakan luar biasa berlaku berikutan musim cuti sekolah, cuti umum dan cuti hujung minggu.


Menurutnya, sejak cuti sekolah bermula Jumaat lalu, seramai 78,301 pengembara didapati keluar masuk menggunakan laluan ICQS Bukit Kayu Hitam, manakala 4,379 melalui ICQS Kota Putra untuk bercuti di Thailand.




Foto: Harian Metro




"Kesesakan ini berlaku disebabkan orang ramai ingin menghabiskan waktu cuti bersama keluarga.


"Destinasti pilihan pengembara ini adalah ke Hadyai, Thailand yang menjadi 'syurga makanan' untuk pelancong dari negara ini yang dikatakan lebih murah dan sedap.


"JIM Kedah sentiasa bersedia menerima kedatangan pelancong dengan membuka empat hingga enam kaunter untuk kereta bergantung kepada kesesakan pada waktu itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, kesesakan dijangka akan terus meningkat sepanjang musim cuti sekolah dan cuti sambutan Krismas, hujung minggu ini.


"Justeru, saya menasihatkan semua penggembara supaya merancang waktu perjalanan dan menyemak dokumen perjalanan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesulitan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 03:56 PM | Show all posts
serabutnya bercuti cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorh tajuk dia mcm sbb covid , kastam buat covid test dulu kt traveler sebelum masuk Thailand. Kastam kuarantin tu a part of bangunan nama rupanya. Nk buat cmne, mmg aku puji la bab perlancongan dia. Yg selatan ni la. Klu bangkok bnyk jgk scam. Klu selatan thai ni kn peniaga Islam / cina pndai ckp Melayu, so puas g sana.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian Nusi takde org nak pergi Langkawi


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda duit woii
Harga barang mahal.
Kerajaan ni tak fikir ke sebelum potong subsidi, tambh cukai
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 19-12-2023 04:53 PM
Sian Nusi takde org nak pergi Langkawi

Langkawi mahal mcm hamlau..Elok tutup je la. Jdkan mcm pulau jerejak pun ok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2023 05:37 PM | Show all posts
tak nak sesak masuk ikut wang kelian
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 19-12-2023 04:53 PM
Sian Nusi takde org nak pergi Langkawi

Kata terpaling sempoi... terpaling itu ini.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 19-12-2023 05:04 PM
Langkawi mahal mcm hamlau..Elok tutup je la. Jdkan mcm pulau jerejak pun ok.

Stujuu tutup!..pastu resort2 mewah mcm 4seasons,Westin bagai tu tukar buat refugee camp Rohingya je la dah alang2 Bukit Malut pun dah penuh dgn kaum dorg
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
i tkt pergi thai..
xpernah pergi mcm rentas border gitu..i tgk org klntn selamba pergi..i pergi tp by flight jer..
cikcur kt bangkok, phuket..
i suka sgt mknn deyols..nape malaysia xde mknn sdp gitu..semua sdp

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 19-12-2023 05:00 PM
Takda duit woii
Harga barang mahal.
Kerajaan ni tak fikir ke sebelum potong subsidi, tambh cukai:cur ...

Tunggu hujung bln 3thn depan bila sek nk mula....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 19-12-2023 05:39 PM
Kata terpaling sempoi... terpaling itu ini.


Terpaling bengap pun ye jgk ..Ummah kL mcm aku ni tak kuasa nk pergi lgkawi bila teringat sape mb kedah..









Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 06:41 PM | Show all posts
Orang Malaysia pergi Thailand kenapa Bukit Kayu Hitam pula yang sesak? Belah kita cuma scan and go. Seharusnya Dannok yang jadi bottleneck sebab dorang nak screen and stamp our passport.

Ka aku salah faham ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 06:42 PM | Show all posts
edayildiz replied at 19-12-2023 06:11 PM
i suka sgt mknn deyols..nape malaysia xde mknn sdp gitu..semua sdp ...

Kalau compare dengan Kelantan memanglah makanan Malaysia tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
80k? Wow! Nak tanya, dah lupa pasal palestine ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
80k org tu kalo gi langkawi, dah bleh jana RM50 billionzzzzz ekonomi langkawi tauuu #sarcasm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-12-2023 06:41 PM
Orang Malaysia pergi Thailand kenapa Bukit Kayu Hitam pula yang sesak? Belah kita cuma scan and go.  ...

Fyi, kat immi BKH, msians kene bawak luggage turun dr bas sbb immi scan luggage skali
Bila smpi danok, hanya perlu que utk passport je..takyah carry luggage

Then lps cikcur kt siam, bila blk msia, again di Danok immi, hanya perlu cop passport je
Tp bila masuk blk immi BKH, kene angkut sume brg2 utk scan n cop passport skali

Msia punya immi sgt strict
Siam punya, lantak korangla..x strict lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm 80k tu ntah2 ada yg nak kawen 2..bleh nikoh kat masjid songkhla
Danok - hatyai dlm 50min drive
Hatyai - songkhla dlm 40min drive..dekat sgt dh tu dgn masjid songkhla
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs food, shopping sume mmg murah2 gak kat hatyai....makan2 pun byk choice n sedap gak la...hotel pun ok gak walau 3 star je sbb yg ptg aircond kene kuat gila ok sbb akak sukakan suasana kutub utara kutub selatan
Yg penting, ms akak spend duit kt sana, akak tersenyum sinissss pd langkawi yach
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:13 PM | Show all posts
Edited by Decaffeinated at 20-12-2023 09:44 AM
cmf_premierleag replied at 19-12-2023 07:52 PM
Fyi, kat immi BKH, msians kene bawak luggage turun dr bas sbb immi scan luggage skali
Bila smpi da ...


Sudah tukar eh? Years ago pernah lah cross the land border cuma seingat aku keluar thru BKH tak perlu heret luggage tapi aku ingat2 lupa lah. Kalau masuk malaysia dengan bas, yes. Kalau dengar kereta, nasib2 la.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.392293 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list