CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10910|Reply: 19

Macam Dipukau, Remaja Lelaki Berjalan Masuk Ke Dalam Sungai Di Johor Pada Waktu Maghrib

[Copy link]
Post time 20-12-2023 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Orang ramai yang sedang bersantai sekitar jeti di Tanjung Emas, Muar, Johor dikejutkan dengan tindakan seorang remaja lelaki yang berjalan masuk ke dalam sungai seorang diri, seperti dipukau.


Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Shah_Evanddy91, remaja berkenaan dilihat terus berjalan sehingga air sungai mencapai paras dadanya tanpa menghiraukan jeritan orang ramai.


Foto: Kosmo




"Kejadian dekat Tanjung Emas, Muar, pukul 7.30 malam. Ingatkan nak bunuh diri tapi seperti dipukau.


"Ada saksi yang nampak awal, lelaki ni seperti dipukau. Terus masuk ke sungai even orang dah jerit panggil. Dia tak toleh langsung.


"Masa dah dekat dalam ni dia nangis," tulis keterangan pada video berkenaan.


Tambah pemilik video, orang ramai segera menghubungi talian kecemasan 999 memandangkan terlalu sukar untuk masuk ke dalam sungai bagi menyelamatkan remaja berkenaan.


Menerusi perkongsian berasingan, pemilik video memaklumkan bahawa remaja berkenaan berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


Video tersebut sehingga kini meraih 2.3 juta jumlah tontonan di TikTok.


Sementara itu Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu kira-kira pukul 7.32 petang.


Setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati mangsa berada di daratan dan sudah diselamatkan oleh ahli keluarganya.


"Menurut orang ramai di tempat kejadian, remaja terbabit masuk ke dalam sungai dengan berjalan sendiri dan kemudian berhenti apabila merasa air sungai pada aras yang dalam.


"Mangsa bernasib baik kerana sewaktu kejadian air sedang surut," katanya, memetik Kosmo.


Tambah Shahrizal, mangsa Muhammad Said Nordin, 19, dipercayai datang ke Muar bersama ahli keluarga dari Simpang Renggam menghadiri kenduri kahwin.


Ujarnya, pihak bomba turut bertanya kepada remaja berkenaan keadaan dirinya namun mangsa hanya mendiamkan diri tetapi dalam keadaan sedar serta waras.


"Mangsa berkemungkinan mengalami masalah kemurungan sehingga bertindak demikian.


"ihak bomba menasihatkan keluarga mangsa untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan lanjut ke hospital bagi mengenal pasti tahap kemurungan serta kesihatan remaja berkenaan," katanya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Depression lah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Tanya tok bomoh...
Dia Akan Kata hantu air seru
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian……
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-12-2023 10:00 AM
Kalau Tanya tok bomoh...
Dia Akan Kata hantu air seru

Iols percaya teori ini despite cercaan acik porem
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 20-12-2023 10:37 AM
Iols percaya teori ini despite cercaan acik porem

Tenciu uols
Sebabnya time maghrib kan..
Elakkanlah sungai2 Ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 12:17 PM | Show all posts
jgn menidakkan alam ghaib. mungkin dia mmg ada masalah, pahtu ada bisikan2 plk datang time dia tgh lemahhhhh. dia di luar kawalan semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mistik…..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertekan sedara dah kawin, dia calon pun tak de lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:17 PM | Show all posts

Mystic River


haa.. nampak
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-12-2023 12:37 PM
Tertekan sedara dah kawin, dia calon pun tak de lagi.....

Aduii baru umur 19, perempuan ramai lg umur 30 belum kawen, rile je depa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:34 PM | Show all posts
macam tekanan perasaan je. sebab dia menangis dan tau lak berenti bila sungai tu dah dalam.

jika ada family/anak yg depression ni jgn buat diam. bawakla jumpa doktor dapatkan nasihat pakar
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 20-12-2023 12:37 PM
Tertekan sedara dah kawin, dia calon pun tak de lagi.....


We must help to look out for @edaylidiz dan @zehra....harap harap rumah mereka berdua ini tak dekat dgn sungai atau laut.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 20-12-2023 12:17 PM
jgn menidakkan alam ghaib. mungkin dia mmg ada masalah, pahtu ada bisikan2 plk datang time dia tgh l ...

Tang bisikhen bisikhen halus ini ...kita kena mintak buah pandangan porummer kita @Matberdehem....dia memang pakar tang sore sore halus...termasuk sore tertelan batu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 01:47 PM | Show all posts
shernazz replied at 20-12-2023 10:00 AM
Kalau Tanya tok bomoh...
Dia Akan Kata hantu air seru

Bomoh yg ini keww?


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 20-12-2023 01:47 PM
Bomoh yg ini keww?

Mahai tok moh Ni .
Hahaha...
Kalau kat Kampung2..tok moh dok hujung Kampung.
Dalam rumah je ...hahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-12-2023 02:15 PM
Mahai tok moh Ni .
Hahaha...
Kalau kat Kampung2..tok moh dok hujung Kampung.

Apo tak mahalnyer tok moh carpet terbang ini?

Maintenance carpet terbang setahun je mau makan puluhan or even ratusan ribu...

Ko ghaser?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:17 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.277996 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list