CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13246|Reply: 9

Tukang Urut Di Johor Didakwa Cabul Anak Kandung Usia 12 Tahun

[Copy link]
Post time 20-12-2023 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Muar: Seorang tukang urut dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya di sebuah rumah di Batu Pahat, pada Mac lalu.


Tertuduh berusia 56 yang juga duda bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.


Mengikut pertuduhan, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun dengan kejadian berlaku pada jam 10 pagi, Mac lalu.




Foto: Harian Metro




Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.


Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Terdahulu, pihak pendakwaan dalam hujahnya memohon mahkamah supaya tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan adalah serius.


"Bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara mahkamah untuk membenarkan ikat jamin. Jika dibenarkan, saya memohon mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin," hujahnya.


Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari ini sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.


Mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran serta tidak boleh mengganggu mangsa atau keluarga serta saksi pendakwaan sehingga kes ini selesai.


Kejadian menimpa mangsa terbongkar apabila salah seorang guru menemuinya kerana dia kelihatan murung serta kerap tidak hadir ke sekolah.


Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk datang ke sekolah sebelum menceritakan kejadian sebenar.


Satu laporan polis dibuat ibu mangsa pada 13 September sebelum tertuduh ditahan pada hari sama. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ikat Jamin..dok mandala gamaknya
Anak tu sure trauma
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:28 PM | Show all posts
nape pkai jurubahasa..indon ka??
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:35 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 20-12-2023 02:28 PM
nape pkai jurubahasa..indon ka??

Itu nama salah satu jawatan dalam mahkamah, tuka baca tuduhan.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 01:22 AM | Show all posts
i yang berada di batu paaht pun tak tahu kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 01:29 AM | Show all posts
salah UMNO join Dap lah ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2023 11:50 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-12-2023 03:35 PM
Itu nama salah satu jawatan dalam mahkamah, tuka baca tuduhan.

ooo..tq info
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 07:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:13 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.507842 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list