CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11157|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kerana tampan, aku sering digoda

[Copy link]
Post time 23-12-2023 01:46 PM | Show all posts |Read mode

Syahmi Abni Hajar.

Kuala Lumpur: Ketampanan dimiliki penghantar makanan yang juga penunggang p-hailing ini membuatkan dia sering 'diganggu' pelanggan terutama golongan wanita.

Muhammad Syahmi Abni Hajar, 26, berkata, ada antara mereka yang mula 'menggedik' ketika dia mengambil pesanan di kedai selain terdapat pelanggan yang menghantar mesej secara peribadi bagi tujuan membuat pesanan tanpa mahu menggunakan aplikasi tersedia.

Menurutnya, dia tidak pernah ambil hati asalkan pelanggan menjaga batas.

"Usikan atau gangguan nakal yang bersifat keterlaluan tidak pernah lagi. Cuma, ada beberapa vendor yang saya ambil pesanan makanan akan 'menggedik'. Kadang pelanggan tengok naik segan pula.



"Itu belum lagi ada pelanggan yang menghantar mesej secara peribadi minta saya belikan makanan dan buat permintaan macam-macam. Seolah-olah saya ini pasangan mereka pula. Lucu juga perangai mereka ini.

"Saya memang jenis yang tak ambil peduli pun. Jadi saya buat tak tahu dan layankan saja. Sebab saya sibuk dengan kerja dan perlu pergi banyak tempat setiap hari," katanya kepada Harian Metro.

Dia yang sudah lebih setahun menjadi 'rider', dia juga sering mendapat pertanyaan kenapa memilih kerjaya itu dan bukan menjadi pelakon atau model iklan.

"Bagi saya, jika ada rezeki dan dapat tawaran, saya terima saja. Buat masa sekarang, saya bersyukur dengan apa yang ada.

"Sebelum ini pun saya pernah bekerja di beberapa klinik kecantikan. Apabila kontrak tamat, saya pun mencuba dalam bidang perkhidmatan P-Hailing dengan menjadi 'rider'.

"Kenapa 'rider'? Sebab saya seorang yang suka menyelesaikan sesuatu perkara dengan cepat dan tidak suka menunggu sesuatu dalam tempoh lama. Lagi pula saya lemah dalam bab dokumentasi. Kerjaya ini OK dan lebih selesa bekerja sendiri," katanya.

Menurutnya, kerjaya 'rider' tidak menghalang dirinya untuk menjaga kesihatan dengan membuat senaman di gimnasium.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-aku-sering-digoda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.033230 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list