CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10846|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 3,140 kes denggi, 5 kematian dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-50

[Copy link]
Post time 23-12-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi bagi Minggu Epidemiologi ke-50 dilaporkan sebanyak 3,140 berbanding 2,948 kes pada minggu sebelumnya iaitu menyaksikan peningkatan sebanyak 192 kes atau 6.5 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pada masa sama, sebanyak lima kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan oleh pihaknya pada tempoh berkenaan.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-50 adalah sebanyak 117,505 kes berbanding 62,060 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 55,445 atau 89.3 peratus.

“Manakala sejumlah 92 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 49 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-50 adalah sebanyak 124 berbanding 101 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Daripada 124 lokaliti dilaporkan, 95 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (13), Perak (tujuh), Sabah (empat), Negeri Sembilan (dua), dan masing-masing satu di Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak.

“Bagi survelan chikungunya pula, sebanyak satu kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-50. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 193 kes,” ujarnya.

Mengulas mengenai survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 3,733 sampel darah dan 411 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasilnya adalah negatif. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... epidemiologi-ke-50/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.663787 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list