CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8543|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

[Copy link]
Post time 24-12-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Rakaman gambar dari udara keadaan trafik yang mulai sesak dari arah Karak menuju masuk ke Kuala Lumpur ketika tinjauan sempena menjelang perayaan Krismas di Plaza Tol Gombak, semalam. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di lebuh raya utama pagi ini terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku dilaporkan berlaku di jalan-jalan utama menghala keluar dari Lembah Klang sempena sambutan Hari Krismas, esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan hanya berlaku di beberapa lokasi susulan kemalangan antaranya di Kilometer 263.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh.

"Insiden sudah selesai, bagaimanapun trafik masih perlahan di lokasi dan pengguna jalan raya diminta berhati-hati," katanya.

Menurut beliau sedikit kesesakan turut berlaku di arah selatan dari Bandar Gamuda Cove menuju ke Persimpangan KLIA akibat kemalangan.

"Trafik menghala ke Pantai Timur sedikit sesak dari arah ibu kota menuju ke Plaza Tol Gombak susulan pertambahan kenderaan, bagaimanapun aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 lancar di kedua-dua arah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... raya-utama-pagi-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.041635 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list