CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11478|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Pulangkan wang, kami tunai umrah dengan agensi lain'

[Copy link]
Post time 24-12-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Hasrat empat sekeluarga menunaikan umrah buat pertama kalinya tidak kesampaian apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat agensi pelancongan yang menyebabkan kerugian lebih RM47,000.

Mangsa, Mas Nadhirah Badrolhisham, 29, berkata, dia menghubungi syarikat itu pada Januari lalu selepas tertarik dengan pakej umrah yang ditawarkan pada harga RM8,490 seorang.

"Saya dapat tahu mengenai syarikat itu melalui carian di Internet dan mendapati maklum balas agak positif menyebabkan saya yakin mendapatkan khidmat agensi ini.

"Sepatutnya, saya, bapa, ibu dan mak saudara berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 19 Februari lalu.



"Namun semasa kami mahu menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Manjung, Perak, pada sehari sebelum berangkat, pihak syarikat memaklumkan penerbangan ditangguh atas alasan tiada hotel," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Mas Nadhirah berkata, penjadualan semula dibuat pada April, namun ditangguh lagi dengan pemakluman dibuat seminggu sebelum penerbangan atas alasan tiada visa.

"Selepas itu, kami dimaklumkan bahawa penerbangan ditangguh lagi pada November atau Disember. Malah, syarikat itu minta kami tambah RM3,300 seorang untuk mendapatkan hotel lebih dekat.

"Memikirkan keadaan bapa yang tidak begitu sihat, saya tambah lagi wang menjadikan keseluruhan jumlah dibayar kepada syarikat itu adalah RM47,160 iaitu RM11,790 seorang.

"Namun sehingga ke hari ini, kami belum lagi berangkat ke Tanah Suci dengan syarikat itu memberi pelbagai alasan bagi menangguhkan tarikh berlepas ke sana," katanya.

Katanya, dia sudah berputus asa untuk menunaikan umrah dengan agensi itu dan mahu wang mereka dikembalikan supaya dapat meneruskan hasrat mengerjakan ibadah itu dengan syarikat lain.

"Sekarang, pihak syarikat itu hanya mendiamkan diri dan seolah-olah mahu 'lepas tangan' apabila tidak mahu mengangkat panggilan kami yang bertanyakan mengenai isu ini.

"Dalam kumpulan kami saja (mutawif sama), ada 30 orang dan saya difahamkan lebih 100 orang (berlainan mutawif) yang menggunakan khidmat syarikat itu untuk menunaikan umrah.

"Saya harap pihak syarikat boleh bersemuka dengan kami dan mengembalikan wang supaya kami dapat menunaikan umrah dengan agensi lain," katanya yang membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Sitiawan, Perak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dengan-agensi-lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041517 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list