CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26170|Reply: 0

[Selangor] 100 penduduk Cendana, Puncak Alam berdepan ancaman tanah runtuh

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Lebih 100 penduduk perumahan Cendana, Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, berdepan isu keselamatan susulan berlaku pergerakan tanah di penempatan itu sejak 2016. - Foto NSTP/Aswady Alias

KUALA SELANGOR: Lebih 100 penduduk perumahan Cendana, Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam, di sini berdepan isu keselamatan susulan berlaku pergerakan tanah di penempatan itu sejak 2016.

Difahamkan, masalah berkenaan membabitkan cerun di lorong belakang Jalan Bestari 2/5 sehingga mengakibatkan jalan dan struktur rumah di situ retak.

Keadaan itu membimbangkan penghuni perumahan terbabit sekiranya berlaku tanah runtuh dan diburukkan lagi apabila hujan seperti terjadi di Taman Wawasan, Puchong, Sabtu lalu.

Tinjauan di lokasi mendapati rata-rata penduduk mahukan isu berkenaan segera diselesaikan supaya mereka boleh tinggal dengan tenang di perumahan terbabit.



Seorang penduduk, Addylly Faisal Ramli, 48, berkata, sebelum ini beberapa perjumpaan diadakan bersama pemaju, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun dakwanya, isu terbabit seakan tiada jalan penyelesaian dan penduduk terpaksa menanggung kerugian berterusan apabila aset mereka mengalami kerosakan.

"Macam rumah ibu saya, dia terpaksa membelanjakan sekitar RM 30,000 hingga RM 50,000 setiap kali berlaku keretakan. Itu belum termasuk sistem perpaipan baharu yang sebelum ini patah disebabkan pergerakan tanah.

"Kerosakan yang dialami sangat ketara. Kita tidak tahu bila masa akan berlaku (tanah runtuh) dan sebab itu mohon sangat (penyelesaian) dilakukan.

"Jangan sampai peristiwa sama (di Puchong) berlaku di sini. Tak minta banyak, cuma tak nak ada lagi pergerakan tanah yang menyebabkan tidur malam kami tidak lena," katanya kepada Berita Harian.

Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Cendana, Mohd Kamal Mohd Kaus berkata, sekurang-kurangnya lima rumah di Jalan Bestari 2/5 terjejas dengan isu, kebanyakan mengalami keretakan fizikal yang kritikal.

Beliau mendakwa, jalan di lorong belakang berkenaan juga retak sepanjang kira-kira tiga hingga 3.6 meter namun sudah dibaik pulih beberapa kali oleh pemaju.

"Dengan musim cuaca tidak menentu ini, takkan nak tunggu tanah runtuh baru nak ambil tindakan segera? Kami mengharapkan isu ini segera diselesaikan sebelum keselamatan kami menjadi taruhan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ncaman-tanah-runtuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057603 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list