CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9912|Reply: 0

O'Neil terkejut Wolves benam Chelsea

[Copy link]
Post time 25-12-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Wolves meraikan jaringan ketika menumbangkan Chelsea. FOTO FB Wolves

London: Pengurus Wolves, Gary O'Neil tidak menyangka pasukannya mampu menumbangkan Chelsea disebalik masalah kekurangan pemain beberapa jam sebelum aksi itu berlangsung.

Katanya, beliau pada mula agak bimbang menjelang aksi berdepan skuad The Blues ekoran kehilangan beberapa tonggak namun kegusaran itu bertukar sebaliknya sekaligus menyambut Krismas dengan penuh kegembiraan.

"Saya mendapat panggilan daripada doktor. Jean Bellegarde tidak sihat, Craig Dawson tidak berada pada situasi 100 peratus baik selepas diserang virus," kata O'Neil selepas Wolves mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di tempat sendiri kepada enam aksi.

"Kami terpaksa memanggil pemain muda untuk perlawanan ini. Kemenangan yang luar biasa dengan apa yang kami ada.



"Kecederaan dan tiga pemain muda di bangku simpanan menentang pasukan dan skuad sebesar Chelsea," katanya.

Wolves memulakan perlawanan dengan bergaya apabila mendahului dua gol menerusi Mario Lemina dan Matt Doherty sebelum pelawat merapatkan kedudukan hasil sentuhan Christopher Nkunku.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... olves-benam-chelsea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.044629 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list