View: 3550|Reply: 0
|
Perlu lebih bersedia berdepan City - Pickford
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Jordan_Pickford_1703562834.jpg)
PICKFORD tetap hormati City walaupun prestasi kelab itu di EPL tidak konsisten sejak kebelakangan ini. FOTO AFP
London: Jordan Pickford mengakui dia tidak pasti sama ada ini masa sesuai untuk Everton menentang Manchester City tetapi mengakui bahawa mereka perlu menundukkan pasukan bimbingan Pep Guardiola dengan kelebihan yang ada.
City berkunjung ke Goodison Park pada awal pagi Khamis untuk beraksi dalam perlawanan pertama mereka sejak dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Kelab dengan membelasah penyandang juara Copa Libertadores, Fluminense 4-0 di Arab Saudi bagi piala kelima utama mereka pada 2023 selepas menjulang Piala FA, Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA.
Bagaimanapun, percubaan mereka untuk menjadi pasukan pertama yang dinobatkan sebagai juara EPL dalam empat musim berturut-turut goyah dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan liga.
Selepas kekalahan 1-2 kepada Luton Town yang baru dinaikkan pangkat dan mereka mensia-siakan pendahuluan 2-0 di laman sendiri menentang Crystal Palace untuk seri 2-2, menyaksikan mereka akan berada di luar kelompok empat teratas apabila berdepan pasukan Sean Dyche.
Sebaliknya berlaku kepada Everton yang meraih empat kemenangan berturut-turut dan tanpa bolos dalam EPL sepanjang Disember sebelum mereka mengalami kekalahan 1-2 di tangan Tottenham Hotspur hujung minggu lalu iaitu kekalahan pertama mereka di gelanggang lawan sejak 20 Ogos.
Penjaga gol nombor satu England itu percaya mereka mempamerkan salah satu persembahan terbaik musim ini di utara London walaupun keputusan tidak menyebelahi mereka.
Bagaimanapun, Pickford berkata mereka tidak terpengaruh dengan prestasi terbaru lawan mereka yang seterusnya dan tahu pasukannya perlu mendapatkan diri mereka dalam kerangka pemikiran yang betul.
"Manchester City adalah pasukan terbaik. Anda tidak memenangi lima trofi dalam setahun tanpa sebab. Mereka berlatih dengan baik, mereka sentiasa bermain tiga perlawanan dalam seminggu. Mereka sentiasa bersedia.
"Ia mengenai adakah kami bersedia, apakah cabaran yang akan mereka hadapi bertemu kami, dan kami perlu bersedia untuk itu. Itulah yang pengurus dan kakitangan akan lakukan bagi membuatkan kami bersedia berdepan mereka.
"Mereka adalah juara dan memenangi banyak trofi, saya tidak tahu sama ada ia akan menjadi masa yang baik atau buruk untuk bertemu mereka. Kami bersedia sepenuhnya dan kami perlu menghormati mereka sepenuhnya tetapi juga mengambil peluang kami apabila kami mempunyai peluang dan mengejar mereka," kata Pickford.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... depan-city-pickford |
|
|
|
|
|
|
| |
|