CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13191|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Saya syukur ada empat 'syurga'

[Copy link]
Post time 26-12-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode

IBU bapa angkat Muhammad Haris (kiri) dan ibu bapa kandungnya kanan. FOTO Ihsan Muhammad Haris.

Kuala Lumpur: "Luahan hati itu sudah dipendam terlalu lama tetapi bukanlah bermaksud saya tidak gembira, sebaliknya saya bersyukur mempunyai empat 'syurga' dalam hidup ini," kata Muhammad Haris Othman, 17.

Remaja itu mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi kisahnya yang diserahkan kepada keluarga angkat sejak kecil, namun mengakui hubungannya dengan keluarga kandung masih baik dan menjadi anak yang diharapkan untuk berjaya oleh kedua-dua keluarga.

Video luahan perasaannya itu meraih 2.1 juta tontonan dan meruntun hati netizen yang memahami perasaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Muhammad Haris berkata, dia menghargai keempat-empat orang tuanya dan akan berusaha merealisasikan hasrat keluarga yang mahunya menyambung pengajian ke peringkat tinggi.


Berkongsi kisahnya, remaja itu berkata, dia diserahkan kepada ibu bapa angkatnya, Rohayatie Yang Shafie, 60, dan Rosmani Darus, 62, sejak bayi kerana pasangan itu tidak mempunyai anak, selain faktor desakan hidup keluarganya ketika itu.

Menurutnya, dia dijaga dengan penuh kasih sayang dan diberikan pendidikan yang sempurna oleh ibu bapa angkat sebelum mereka memberitahu status dirinya ketika berusia empat tahun dengan membawa berjumpa ibu bapa kandung.

"Ayah angkat dan ayah kandung adalah rakan dan mereka selalu bermain badminton ketika muda dahulu. Saya diberi kepada keluarga angkat kerana ketika itu keluarga bukan orang senang dan ibu serta ayah angkat juga tiada anak.

"Saya adalah anak bongsu daripada 12 beradik dan ibu bapa pula bekerja sebagai peniaga makanan saja. Apabila sudah besar, saya faham erti anak angkat tetapi ibu dan ayah selalu pesan jangan pernah lupakan keluarga kandung," katanya yang menetap di Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini.

Katanya, ibu bapa kandung, Che Endan Din, 59, dan Othman Mansor, 62, juga selalu berpesan kepadanya supaya sentiasa menghormati dan tidak melupakan jasa ibu bapa angkat yang sudah menjaganya sejak bayi.

"Hubungan kami semua baik dan abang saya pernah beritahu dia mengharapkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh ke peringkat lebih tinggi untuk kedua-dua keluarga dan abang juga cakap saya beruntung jadi hargai peluang yang ada.

"Adik-beradik saya ada yang tidak menyambung pelajaran dan ada juga berhenti sekolah untuk bantu mak dengan kerelaan sendiri biarpun mak mahu anaknya tamat belajar," katanya memberitahu keluarga kandung tinggal di Apartment Abdullah Hukum, di sini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bangsar itu berkata, biarpun dia diserahkan kepada keluarga angkat namun tidak pernah berasa kesal atau sedih, malah bersyukur mempunyai keluarga kedua yang juga menyayanginya.

"Saya bersyukur ibu dan ayah jaga saya seperti anak sendiri, malah tidak pernah saya rasa seperti anak angkat, mereka beri kehidupan yang baik biarpun tidak mewah dan kehadiran saya juga memberi makna kepada mereka sebagai ibu bapa.

"Paling saya bersyukur saya ada empat 'syurga', ada dua ibu dan dua ayah yang sayangkan saya. Apabila saya sudah kerja nanti saya akan balas jasa kedua-dua keluarga kerana mak dan ayah sudah melahirkan saya dan ibu serta ayah (angkat) pula 'menghidupkan' saya," katanya bercita-cita menjadi chef.

Berhubung video yang mendapat perhatian itu, Muhammad Haris berkata, dia tak menyangka pihak berkenaan berkongsi videonya namun berterima kasih dengan doa dan komen netizen untuk dirinya dan kedua-dua keluarganya.

"Rakan beritahu video saya tular di TikTok dan ramai yang sedih dengan video itu. Semua sokongan, komen positif dan doa netizen menjadi pembakar semangat saya untuk belajar, kalau tak dapat masuk universiti pun saya berharap dapat masuk institusi lain seperti politeknik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ur-ada-empat-syurga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037143 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list