CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11234|Reply: 0

[Selangor] Seludup arak China guna kotak jus nenas

[Copy link]
Post time 26-12-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Sazali (dua kanan) melihat arak seludup yang diletakkan dalam kotak berlabel jus nenas pada sidang akhbar hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

KLANG – Kelicikan penyeludupan arak menggunakan kotak berlabel jus nenas berjaya ditumpaskan menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Dalam serbuan itu berjaya merampas lebih 49,000 liter arak bernilai keseluruhan RM249,000.

Kesemua kotak berisi minuman keras itu yang diimport dari China itu dipercayai daripada sumber sama biarpun melibatkan sindiket berasingan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, serbuan pertama melibatkan sebuah gudang di Kampung Batu Belah di sini, pada 28 November lalu.

“Dua kes lain pula dikesan menerusi penahanan tiga kontena di Pelabuhan Utara pada 29 November dan 13 Disember lalu.

“Kesemua arak tanpa permit import yang dirampas itu mempunyai nilai cukai berjumlah lebih RM1.03 juta,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Menurut Sazali, sindiket itu didapati antaranya mengikrarkan dagangan sebagai barangan lain dan turut menggunakan kotak jus nenas.

“Semua kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barangan yang dilarang mengikut Seksyen 135 (1)(a) akta tersebut.

“Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut merampas 6,000 liter arak dengan nilai cukai berjumlah RM72,500 yang ditemui dalam dua kontena semasa proses imbasan imej di Pelabuhan Utara pada 26 Oktober.

“Bahan itu telah diikrarkan palsu sebagai tuala dan nilai dagangan dianggarkan RM30,000,” katanya. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... na-kotak-jus-nenas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.154137 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list