View: 5399|Reply: 0
|
[Kelantan]
Banjir: Tolak perahu demi ibu dan ayah
[Copy link]
|
|
Sebahagian penduduk Rantau Panjang yang terjejas akibat banjir meredah banjir untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Rantau Panjang: "Pengalaman mengharungi banjir separas satu meter sambil menolak perahu yang dinaiki ibu dan ayah, ke tempat selamat tidak akan saya lupakan," kata Mohamad Rafiqi Mohd Radzi, 23.
Dia terpaksa menolak perahu yang membawa bapa, Mohd Radzi Mohd Noor, 50, dan ibunya, Hamidah Abd Hamid, 41, sejauh lima kilometer (km) selepas kediaman mereka dilanda banjir di Kampung Gual Mekong, Baroh Pial, di sini.
Katanya, dia mengambil keputusan untuk menolak sendiri perahu itu kerana bimbang air naik terlalu cepat dan keadaan akan lebih sukar jika dia terlambat, tambahan pula, bapanya tidak boleh berjalan selepas diserang kanser pundi kencing, sejak enam bulan lalu.
"Saya sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan ibu dan ayah kerana ketika itu kami sudah buntu melihat paras air yang semakin tinggi. Pasukan keselamatan juga mungkin mengalami kesukaran susulan jalan utama ke kawasan ini turut ditenggelami air.
"Ada beberapa kawasan yang memerlukan saya untuk berenang sambil menolak perahu kerana paras air yang tinggi dan dalam masa sama, saya bernasib baik kerana turut dibantu beberapa orang rakan sekampung.
"Keadaan menjadi lebih sukar apabila saya perlu melalui kebun sawit serta mengharungi air yang deras, namun bersyukur kerana akhirnya semua selamat," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial di sini.
Mohamad Rafiqi yang juga anak sulung daripada tiga beradik berkata, ketika dia menggalas tugas menyelamatkan ibu bapa, dua lagi adik berada di rumah untuk mengangkut barangan ke tempat yang lebih tinggi kerana khuatir ditenggelami banjir.
"Saya memilih untuk menolak perahu kerana risau ia akan terbalik berikutan arus yang deras, selain laluan yang kami lalu bukan jalan biasa. Saya beranikan diri demi ibu dan ayah, asalkan mereka berdua dapat ke PPS dengan selamat.
"Pada banjir sebelum ini, kami dibawa berpindah oleh anggota bomba namun kali ini bah naik mendadak pada waktu malam menyebabkan kami tidak sempat meminta pertolongan pasukan keselamatan
"Semoga banjir segera surut supaya kami dapat pulang membersihkan rumah, tambahan pula saya risau keadaan ayah yang tidak sihat dan hanya mampu tidur terlantar di PPS ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-demi-ibu-dan-ayah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|