View: 11795|Reply: 0
|
[Kelantan]
Nekad tak mahu tinggalkan rumah walaupun banjir
[Copy link]
|
|
Fadillah bersama kakaknya meredah banjir meninjau keadaan kedai runcitnya sudah tenggelam akibat banjir mencecah 0.5 meter selain bekalan air dan elektrik sudah terputus tetap enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika ditemui Kampung Siram. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Rantau Panjang: Tiga beranak dari Kampung Siram, di sini, enggan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meskipun paras banjir di kediamannya sudah melebihi 0.5 meter selain bekalan air dan elektrik turut terputus.
Mangsa banjir, Fadillah Mohd Nor, 44, berkata, dia tinggal di rumahnya bersama anak serta kakak, Sabariah Yaacob, 57.
Fadillah berkata, banjir mula menenggelami kampung itu petang semalam.
"Bagaimanapun saya enggan berpindah kerana bimbang pintu rumah saya pecah akibat arus deras selain segala barangan jualan di dalam kedai dicuri.
"Saya berniaga kedai runcit dan kedai makan. Sudah tentu banyak barang disimpan di dalam rumah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya pintu kedai pecah.
"Bagi mengelakkan pintu kedai pecah akibat arus deras, saya membuat penghadang menggunakan daun kelapa dan botol," katanya tadi.
Menurutnya, walaupun rumahnya ditenggelami banjir namun sebahagian rumahnya masih boleh digunakan untuk mereka tidur.
"Memang takut kerana bekalan elektrik dan air sudah terputus sejak dua hari lalu dan keadaan malam sangat sunyi. Namun saya terpaksa cekalkan diri dan berharap banjir cepat pulih," katanya.
Sabariah berkata, selain dia sekeluarga, ada beberapa penduduk yang turut berada di rumah masing-masing kerana bimbang barangan rumah dicuri.
"Pernah berlaku kedai runcit di sini dipecah masuk kerana tuan kedai berpindah ke PPS, disebabkan itu saya takut untuk meninggalkan rumah walaupun banjir berlaku.
"Paras banjir naik mendadak tengah malam kelmarin susulan benteng projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pecah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mah-walaupun-banjir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|