View: 14115|Reply: 0
|
[Pahang]
Bakal jemaah umrah berputih mata terpedaya pakej palsu
[Copy link]
|
|
Sebahagian bakal jemaah umrah membuat laporan polis di IPD Kuantan, hari ini selepas diperdaya oleh sebuah syarikat pelancongan.
KUANTAN – Seramai 19 bakal jemaah umrah terpaksa berputih mata selepas terpedaya dengan pakej umrah berharga RM5,990 ditawarkan sebuah syarikat pelancongan, di sini.
Susulan itu kesemua mereka telah hadir untuk membuat laporan polis ke atas syarikat berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, hari ini.
Salah seorang mangsa, Kamarudin Yahaya, 65, berkata, impian untuk membawa empat ahli keluarganya bersama mengerjakan umrah musnah selepas merasakan dirinya telah tertipu dengan syarikat berkenaan.
Katanya, dia telah membuat bayaran penuh sebanyak sekitar RM30,000 kepada syarikat berkenaan namun sehingga kini syarikat tersebut tidak memberikan sebarang maklum balas.
“Sepatutnya kami dijadualkan pergi umrah pada 1 November lalu, tetapi ditunda kepada 4 November dan sekali lagi ditunda pada Februari tahun hadapan tanpa sebarang tarikh. Dari situ timbul satu kemusykilan,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Norafi Mustafa, 55, berkata, dia tidak menyangka perkara itu berlaku ke atas dirinya kerana ini merupakan kali kedua dia menggunakan perkhidmatan dari syarikat berkenaan di mana menurutnya, pakej kali ini lebih murah berbanding sebelum yang berharga sekitar RM8,000.
“Saya yang bertindak sebagai konsultan syarikat berkenaan dengan mengajak 13 saudara dan rakan untuk turut serta.
“Kami ada mendapatkan maklumbalas dari syarikat tersebut dan dimaklumkan syarikat telah bertukar pengurusan baharu dan kami dimaklumkan kami akan terbang mengerjakan umrah pada 12 Februari dengan syarikat yang baharu menerusi mesyuarat yang dilakukan atas talian Zoom.
“Namun selepas kami siasat kami dapat tahu tiada sebarang transaksi bayaran dibuat kepada syarikat baharu yang menguruskan penerbangan kami. Apabila kami bertanya semula kepada syarikat itu, mereka hanya mendiamkan diri,” ujarnya
Difahamkan masih terdapat ramai lagi individu yang menjadi mangsa syarikat berkenaan yang menawarkan pakej tersebut di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... pedaya-pakej-palsu/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|