CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26668|Reply: 0

[Selangor] Banjir: 25,258 mangsa banjir enam negeri dipindahkan, Terengganu sedikit pulih

[Copy link]
Post time 27-12-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode

TIGA lelaki menggunakan perahu untuk mengangkat barang-barang keperluan setelah kawasan mereka dinaiki air di Rantau Panjang.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN




PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di enam negeri merekodkan penurunan sekitar 3,000 orang apabila mencatatkan 25,258 mangsa setakat petang ini berbanding 28,533 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.

Berdasarkan kemas kini portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 57 PPS ditutup menjelang pukul 3 petang tadi menjadikan jumlah PPS yang masih aktif adalah 157 berbanding 214 awal pagi tadi.

Setakat ini, seramai 7,776 keluarga masih mendapatkan perlindungan di PPS berikutan kediaman mereka dinaiki air akibat banjir di negeri masing-masing.

Di Kelantan, sebanyak 63 PPS masih beroperasi untuk menempatkan 17,338 mangsa yang terdiri daripada 5,515 keluarga berbanding 83 PPS dengan 17,733 mangsa pagi tadi.

Di Terengganu pula, jumlah mangsa banjir menunjukkan penurunan ketara apabila sebanyak 35 PPS ditutup operasi selepas keadaan banjir di beberapa kawasan dilaporkan mulai reda setakat ini.

Jumlah mangsa yang masih berlindung di 84 PPS yang diaktifkan adalah seramai 7,561 orang berbanding 10,419 orang yang terdiri daripada 2,161 keluarga di seluruh negeri.

Empat lagi negeri yang terjejas adalah Sabah dengan 169 mangsa, Pahang (78), Johor (108) dan Selangor  seramai empat orang mangsa.

Terdapat sembilan PPS diaktifkan untuk menempatkan mangsa banjir di keempat-empat negeri tersebut dengan Pahang mencatatkan empat pusat, Sabah (3), Selangor (1), Johor sebanyak sebuah.

Sementara itu, berdasarkan laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Cameron Highlands disebabkan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.

Keadaan tersebut memaksa 87 mangsa dipindahkan ke satu PPS yang diaktifkan semalam.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning) di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan dikeluarkan Met Malaysia, hujan di kawasan tersebut dijangka berterusan sehingga esok.

“Sehubungan itu, jawatan kuasa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

“Pihak jawatan kuasa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah juga dimohon untuk memastikan setiap PPS dilengkapi dengan keperluan asas dan pos kawalan tempat kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ganu-sedikit-pulih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 1.265063 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list