CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5085|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga resah tunggu pelanggan datang berbelanja

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode

BEGINILAH keadaan kedai di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Tumpat yang lengang sejak banjir melanda kebanyakan kawasan di Kelantan Sabtu lalu. – ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Peniaga di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini mengeluh pendapatan mereka merosot kerana kekurangan pe­langgan sejak lebih seminggu lalu disebabkan beberapa jalan menuju ke kawasan itu dinaiki air ekoran musim tengkujuh yang melanda Kelantan ketika ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, suasana di sekitar kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian sunyi tanpa pelanggan meskipun sudah lebih seminggu cuti persekolahan bermula.

Seorang peniaga kasut, Pah Halimah Tuan Ibrahim, 61, berkata, dia kini berasa bimbang bagaimana hendak membayar sewa dan pekerja jika perkara itu terus berlarutan.

Katanya, jangkaan bahawa ramai pengunjung datang ke kawasan itu semasa musim cuti sekolah hujung tahun meleset apabila banjir besar berlaku di kebanyakan lokasi di Kelantan ketika ini.


PAH HALIMAH menanti kehadiran pelanggan untuk masuk ke kedainya di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.

“Keadaan itu menyebabkan ramai pengunjung dalam dan luar Kelantan bimbang untuk berkunjung ke Pengkalan Kubor.

“Sebelum ini, ada juga pengunjung dari Selatan Thailand membeli barangan di sini. ­Disebabkan kawasan di negara jiran turut terjejas banjir, jumlah yang datang semakin berkurangan.

“Ada pengunjung yang datang ke sini, namun mereka sekadar makan angin dan tidak membeli barangan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang peniaga makanan di zon bebas cukai itu, Noranizan Sulaiman, 36 berkata, jualannya turut terjejas kerana kehadiran pengunjung semakin berkura­ngan berikutan banjir.

Katanya, orang ramai terma­suk penduduk Thailand juga takut hendak masuk ke Kelantan kerana negara mereka juga dilanda banjir.

“Orang ramai tidak dapat keluar kerana beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir.

“Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan ini dan Kota Bharu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pe­ngunjung, Sabila Ariffin, 25, berkata, dia berkunjung ke situ untuk bersiar-siar apabila kawasan di daerah Tumpat masih belum terjejas banjir.

Menurutnya, dia mengakui Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor lengang pada musim cuti sekolah kali ini berbanding cuti penggal pada bulan September lalu.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -datang-berbelanja/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039347 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list