CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5982|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: 21,380 mangsa masih terjejas di Kelantan

[Copy link]
Post time 28-12-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan sekitar Masjid Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang atau Masjid Beijing yang turut terjejas banjir. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan melonjak kepada 21,380 orang hari ini berbanding 17,378 orang pada petang semalam.

Meskipun cuaca baik sepanjang malam tadi, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 4,002 orang mangsa.

Sektretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, lima daerah masih terjejas iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Menurutnya, kesemua mangsa daripada 6,918 keluarga itu ditempatkan di 68 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Daripada jumlah itu Pasir Mas merekodkan mangsa banjir paling tinggi dengan 18,289 orang berlindung di 37 buah PPS, Tumpat (1,507), Kuala Krai (11,36), Tanah Merah (327) dan Gua Musang (118).

“Selain itu, bacaan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang masih berada pada tahap amaran,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai), Kusial (Tanah Merah) dan Tambatan Diraja (Kota Bharu) melepasi paras amaran sementara Sungai Gook di Jenob, Tanah Merah berada pada berjaga-jaga.

Tambahnya, sungai-sungai lain di negeri ini masih mencatatkan bacaan normal. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... rjejas-di-kelantan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039534 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list