CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38795|Reply: 0

[Kelantan] Hari kelima banjir termenung, kampung kekal seakan lautan

[Copy link]
Post time 29-12-2023 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Hari kelima banjir termenung, kampung kekal seakan lautan


Oleh Siti Rohana Idris - Disember 29, 2023 @ 12:52pm  [email protected]




Situasi banjir termenung di lebih 10 kampung di Tumpat seakan tiada perubahan meskipun paras air dikatakan hanya surut sekitar 0.4 meter (m) sahaja berbanding semalam. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar




TUMPAT: Situasi banjir termenung di lebih 10 kampung di sini seakan tiada perubahan kerana paras air dikatakan hanya surut sekitar 0.4 meter (m) berbanding semalam.

Tinjauan di sekitar Kampung Kajang Sebidang, Kubang Sawa dan Bendang Pak Yong mendapati kawasan di kampung berkenaan seperti lautan dan kebanyakan kediaman masih lagi ditenggelami air.

Menurut penduduk Kampung Kajang Sebidang, Zu Mohamad, 51, air mulai melimpah sejak Isnin lalu dan setakat hari ini mencecah 1.2m di luar rumahnya.

"Berbanding semalam, air hanya surut sedikit sahaja dan memang sangat perlahan kerana tiada saliran untuk mengalirkannya ke sungai.

"Keadaan banjir termenung begini memang sudah biasa dialami dan tempoh air surut sepenuhnya memakan masa sehingga dua minggu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Beberapa kampung lain yang turut mengalami banjir termenung adalah Kuala Jambu, Naga Ibu, Simpangan, Kubang Sawa, Bendang Pak Yong, Jejulok, Derdap, Palas Merah dan Teluk Jering.

Bagaimanapun daripada lebih 3,000 penduduk di semua kampung terbabit, ramai yang tidak berpindah berikutan sudah biasa dengan situasi banjir termenung dan masing-masing memiliki bot sendiri walau hanya digunakan setahun sekali.

Bagi Mohd Asri Jisma@Ismail, 31, pula, banjir termenung dianggap 'penambah' rezeki buatnya apabila sepanjang dua minggu penduduk terkepung, bot penambangnya aktif meredah banjir membawa penumpang.

Dia yang bekerja kampung tidak dapat menjalankan kerjanya dan menggantikannya dengan membawa bot penambang dengan bayaran sekitar RM3 hingga RM5 setiap perjalanan.

"Saya tinggal di Kampung Kubang Sawa dan perkarangan rumah masih lagi digenangi air sehingga 1.2m menyebabkan tingkat bawah rumah habis dimasuki air.

"Banjir termenung dianggap rezeki terpijak buat lebih 30 pembawa bot penambang seperti saya kerana kami tidak dapat keluar untuk menjalankan kerja hakiki.

"Setiap hari lebih 20 kali kami berulang alik membawa penumpang yang memerlukan perkhidmatan bot penambang dan memperoleh pendapatan sekitar RM100 hingga RM200 sehari," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.036056 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list