CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31797|Reply: 0

[Melaka] Wanita dijel 24 tahun, songlap RM680,000 lepas ditipu pelaburan palsu

[Copy link]
Post time 2-1-2024 04:25 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara 24 tahun oleh Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat dijatuhi hukuman penjara 24 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik majikannya berjumlah RM680,108.13, empat tahun lalu.

Tertuduh, Tan Siau Ling, 43, membuat pengakuan itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai eksekutif akaun di Syarikat Hap Yeng Seng Sdn. Bhd. didapati telah melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang daripada akaun United Overseas Bank milik syarikat terbabit ke dalam beberapa akaun bank milik peribadi dan bekas suaminya berjumlah keseluruhan RM680,108.13.

Perbuatan itu dilakukan di Syarikat Hap Yeng Seng Sdn. Bhd., Jalan PM 5, Plaza Mahkota Melaka dalam daerah Melaka Tengah antara 24 Mei 2019 sehingga 23 Oktober 2019

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga Pengarah Urusan Syarikat Hap Yeng Seng Sdn. Bhd. telah membuat semakan audit pembayaran kepada pembekal pada 30 September 2019 dan mendapati berlaku penyelewengan oleh tertuduh membabitkan 47 transaksi yang tidak sah.

Semakan lanjut mendapati invois bayaran dan baucar pembayaran nama syarikat yang dibayar adalah berbeza susulan tindakan tertuduh yang memindahkan wang tersebut ke dalam beberapa akaun miliknya dan bekas suaminya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Rashidah Baharom mencadangkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat, selain mengambil kira nilai kerugian melebihi RM300,000 yang dialami oleh syarikat berkenaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Nur Atifah Kamal Effendi bagaimanapun memohon hukuman penjara minimum diberikan dengan alasan tertuduh yang juga ibu tunggal telah insaf dan menanggung tiga anak masih bersekolah serta ibunya uzur.

Nur Atifah turut memaklumkan tertuduh bertindak melakukan kesalahan tersebut kerana terdesak selepas terlibat dengan pelaburan palsu dalam talian.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 20 Jun 2023.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... pu-pelaburan-palsu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.915440 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list