CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31699|Reply: 3

Volkswagen Golf GTI Mk8 2024 kini di Malaysia –

[Copy link]
Post time 6-1-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode


Selepas diperkenalkan di Malaysia buat pertama kali pada Februari 2022, kemudian menerima tingkat taraf sistem bantuan pemanduan IQ.Drive tahun lalu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan bahawa Volkswagen Golf GTI Mk8 kini diberikan kemaskini bagi versi 2024, menampilkan pelbagai peningkatan dari segi kelengkapan.

Menerusi model kemaskini ini 2024 ini VPCM sudah pun memadankan sistem bunyi premium 480-watt Harman Kardon dengan 10-pembesar suara, berbanding hanya tujuh-pembesar suara tanpa jenama pada sistem model terdahulu. Ia masih disambungkan kepada sistem infotainmen Discover Media dengan skrin 10-inci yang memberikan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay sambungan tanpa wayar.

Selain itu Golf GTI 2024 ini juga ditambah dengan paparan head-up yang dipancarkan pada cermin bagi memudahkan pemandu memantau maklumat pemanduan penting tanpa mengalihkan pandangan. Maklumat lain masih dibekalkan menerusi paparan instrumen digital sepenuhnya dengan skrin 10.25-inci.




Model 2024 ini juga masih dibekalkan dengan kelengkapan sama dengan versi sebelumnya, antaranya rim aloi ‘Richmond’ 18-inci, lampu hadapan LED dengan lampu isyarat membelok dinamik, sistem pendingin hawa tiga-zon, sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, lampu suasana kabin dan upholsteri kulit Vienna untuk tempat duduk.

Unit rangkaian kuasa juga kekal dengan enjin 2.0 liter turbo empat silinder berkuasa 245 PS dan tork maksima 370 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik (klac basah) tujuh kelajuan, bagi memacu sepenuhnya roda hadapan.

Kotak gear tersebut juga menerima sistem differential lock elektronik XDS yang berfungsi berasaskan sistem ESC bagi memberikan lebih cengkaman roda hadapan ketika mengambil selekoh. Manakala sistem Vehicle Dynamics Manager bersama Dynamic Chassis Control juga dibekalkan bagi membantu pengedalian.




Manakala bagi sistem bantuan pemanduan IQ.Drive, ia terdiri dari fungsi seperti Travel Assist dengan cruise control adaptif (ACC), Bantuan Sisi dengan amaran lintasan trafik belakang (RCTA), Front Assist (brek kecemasan automatik), Emergency Assist dan juga Lane Assist.

Dengan perincian yang telah dikemaskini, Volkswagen Golf GTI Mk8 2024 ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM252,990. Harga tersebut juga merangkumi versi terbaharu Volkswagen Assurance Package (VAP) yang menawarkan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan serta pakej servis selama lima tahun, 75,000 km.

Berbanding versi sebelumnya yang dijual pada harga RM246,012, model 2024 ini adalah RM6,978 lebih mahal. VAP versi terdahulu juga hanya menawarkan pakej servis selama tiga tahun/45,000 km. VPCM masih belum memberikan harga model 2024 ini tanpa VAP (hanya dengan waranti standard dua-tahun), dan kami akan mengemaskini laporan ini sekiranya maklumat tersebut diberikan kelak.

https://paultan.org/2024/01/02/v ... -harman-kardon-hud/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 11:08 AM | Show all posts

Ini adalah berita menarik untuk peminat Golf GTI! Kemaskini terbaru untuk versi 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih baik dengan penambahan kelengkapan yang canggih. Sistem bunyi premium Harman Kardon, paparan head-up, dan paparan instrumen digital yang lebih besar menambah nilai kepada kenderaan ini. Sungguh mengagumkan melihat Volkswagen terus memperbaiki dan meningkatkan model Golf GTI untuk memenuhi keperluan pengguna moden. Pokerogue
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 01:34 AM | Show all posts
The Volkswagen Golf GTI Mk8 2024 has arrived in Malaysia, showcasing a modern design and advanced technology. Powered by a 2.0L turbo engine, it delivers impressive performance with latest version driving features. A perfect blend of sporty and practical, making it an exciting choice for hatchback enthusiasts!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 10:50 AM | Show all posts
Games that involve bitlife physical movement, like VR games or fitness apps, make exercising more enjoyable and accessible.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050837 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list