CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9963|Reply: 1

[Kelantan] Tergamak noda anak tiri baru berusia 13 tahun

[Copy link]
Post time 9-1-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis mengiringi tertuduh untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun kira-kira tujuh bulan lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu dijatuhi hukuman tersebut selepas membuat pengakuan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun tujuh bulan ketika kejadian apabila lelaki tersebut tidak boleh berkahwin dengan mangsa mengikut hukum agama Islam.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 6 petang pada awal Jun tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nooriah sebelum menjatuhkan hukuman menegaskan kesalahan yang dilakukan tertuduh bukan sahaja salah di sisi undang-undang dan agama Islam, namun ia adalah satu perbuatan keji.

“Saya berharap hukuman ini memberi pengajaran kepada kamu selain insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu. Saya juga harap kamu kembali menjadi orang yang lebih baik kepada diri sendiri, masyarakat dan negara,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman penjara selama 10 tahun tahun bermula daripada tertuduh ditangkap pada 29 Jun 2023 dan 10 sebatan.

Mengikut fakta kes, nenek mangsa terkejut selepas cucunya mengatakan bahawa dia dirogol oleh bapa tiri pada awal Jun tahun lalu.

Warga emas itu kemudiannya terus membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpa cucunya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ayah tirinya datang dan menarik remaja itu ke ruang tamu sebelum merogolnya semasa berada seorang diri di ruang tamu di sebuah rumah.

Mangsa tidak sempat melarikan diri dan bapa tirinya meminta mangsa agar tidak memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... u-berusia-13-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 04:46 PM | Show all posts
sek kito jugk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065706 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list