CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7463|Reply: 0

De Bruyne cetus kebangkitan City

[Copy link]
Post time 14-1-2024 09:53 AM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne (dua dari kiri) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyumbat gol kedua menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, Newcastle awal pagi tadi. – Foto AFP

NEWCASTLE, England: Pep Guardiola berkata Manchester City mempamerkan jiwa sang juara sebelum bangkit menundukkan Newcastle United 3-2 awal pagi tadi susulan persembahan memukau Kevin De Bruyne sekembalinya ke kancah Liga Perdana Inggeris.

Pemain Belgium itu tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol dan mencipta gol kemenangan buat Oscar Bobb pada masa kecederaan untuk mengumumkan kepulangannya daripada rehat lima bulan kerana kecederaan dengan penuh bergaya.

Kemenangan itu membolehkan City melonjak ke tangga kedua dalam carta, dua mata di belakang Liverpool dan dijangka lebih mantap apabila mereka kembali daripada rehat musim sejuk, yang mana Erling Haaland mungkin cergas untuk menyertai De Bruyne sekali gus mampu mengucar-ngacirkan benteng lawan.

"Ia sesuatu yang benar-benar bagus, kadang-kadang lebih baik menang dengan cara sebegitu," kata Guardiola.



"Kami bermain dengan penuh personaliti. Mereka menunjukkan kepada saya mereka mahu berada di sana, berjuang hingga ke akhir kerana mereka mahu mengekalkan kejuaraan."



Pemain Manchester City, Oscar Bobb (tengah) menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas Newcastle pada aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, Newcastle awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Kemeruduman Newcastle pada saat akhir menyaksikan anak buah Eddie Howe mengalami kekalahan keenam dalam tujuh aksi terakhir Liga Perdana.

Namun Newcastle sebenarnya berhak meraih satu mata selepas mengancam juara bertahan menerusi dua gol dalam tempoh dua minit pada babak pertama menerusi Alexander Isak (minit ke-35) dan Anthony Gordon (m-37).

"Kualiti mereka terbukti akhirnya. De Bruyne jelas seorang pemain bertaraf dunia," kata Howe, yang disokong secara khalayak oleh ketua eksekutif kelab Darren Eales awal minggu ini.

"Tidak banyak yang salah dengan persembahan kami. Anda boleh lihat hari ini kami pasukan ternama. Kelompok pemain ini berada di tempat yang bagus, saya tidak lihat sebarang faktor negatif. Saya lihat kekecewaan kerana kami tidak menang dan itulah sebabnya kami berada di sini untuk meraih kemenangan."

Bernardo Silva memecah kebuntuan dengan gol pembukaan pada minit ke-26 namun tuan rumah tampil mengejutkan pelawat dengan dua gol pantas menerusi Isak dan Gordon untuk mendahului ketika rehat. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... us-kebangkitan-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.050761 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list