CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4732|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kren hempap kereta, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

[Copy link]
Post time 17-1-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN sebuah kren yang menghempap kereta. FOTO Ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden sebuah kren hilang kawalan lalu terjatuh menghempap kenderaan di Jalan Besar Salak Selatan, Cheras di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan pada 12.06 tengah malam semalam ketika kren terbabit sedang melakukan kerja pemasangan lampu hiasan di kawasan itu.

"Siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku kelmarin jam lebih kurang 10.40 malam apabila sebuah kren hilang kawalan ketika kerja pemasangan lampu tanglung.

"Kren berkenaan menghempap sebuah kereta yang berada di tepi jalan dan menyebabkan kereta itu mengalami kerosakan di beberapa bahagian," katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan kes sudah diklasifikasikan sebagai Rujuk Agensi Lain (ROA).

"Sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gan-jiwa-dilaporkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.161371 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list