CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18822|Reply: 0

[Terengganu] Suami lumpuh jatuh pokok duku, hilang punca pendapatan

[Copy link]
Post time 21-1-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Norashikin menjaga suaminya Mat Sani yang lumpuh seluruh badan akibat terjatuh daripada pokok. - Foto NSTP/Nazdy Harun

KUALA BERANG: Tiga sekeluarga hilang punca pendapatan berikutan suami yang menjadi tulang belakang mencari nafkah buat keluarga lumpuh selepas terjatuh dari pokok duku.

Norashikin Md Said, 43, dari Kampung Payang Kayu, dekat sini, berkata, suaminya Mat Sani Embong, 40, sebelum ini bekerja sebagai buruh namun tragedi terjatuh dari pokok mengubah kehidupan sehariannya.

Menurutnya, kejadian 5 September tahun lalu mengakibatkan keseluruhan badan suaminya disahkan lumpuh dan bermula dari situ dia hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika suami ke kebun untuk mengambil buah duku namun suaminya tergelincir pada ketinggian dua meter.


"Berikutan kejadian itu, suami kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, untuk menerima rawatan lanjut.

"Suami ditempatkan di wad HSNZ selama 45 hari dan doktor memaklumkan saraf tunjangnya keluar dari tulang belakang.

"Akibatnya, suami kini tidak mampu bergerak dan kami sekeluarga hilang punca pendapatan namun saya tetap bersyukur kerana memperoleh bantuan RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya yang mempunyai seorang anak berusia 13 tahun.

Menurutnya, hasil melakukan kerja buruh suaminya sebelum ini memperoleh pendapatan sebanyak RM800 sebulan dan dengan wang itu lah digunakan untuk menyara kami tiga sekeluarga.

Katanya, kini dia terpaksa bergantung kepada insan keluarga selain sumbangan rakan-rakan yang datang melawat suaminya dan ada juga kalangan mereka yang menghulurkan sumbangan.

Norashikin berkata, suaminya juga kini perlu memakai lampin pakai buang dan memerlukan penjagaan sepenuh masa termasuk makan, minum dan mandi.

"Sebelum ini saya bekerja sebagai buruh ladang namun terpaksa berhenti kerja kerana perlu menghantar dan menjemput anak di sekolah setiap hari.

"Oleh kerana kesempitan hidup kami sekeluarga hanya makan apa yang ada kerana buat masa ini hanya bergantung kepada wang bantuan dan ihsan semata-mata," katanya.

Menurutnya, dia berharap suaminya kembali pulih dan dia turut berusaha dengan memanggil tukang urut untuk melakukan sisi urutan bagi memulihkan fizikal suaminya itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... ng-punca-pendapatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.067365 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list