CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8621|Reply: 0

[Perak] Nelayan hilang di perairan Bagan Datuk, bot dipercayai kehabisan petrol

[Copy link]
Post time 22-1-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Zufar dilaporkan hilang sejak pagi semalam setelah bot dinaikinya dipercayai kehabisan minyak di perairan Bagan Datuk kira-kira pukul 3 pagi.

MANJUNG – Seorang nelayan dilaporkan hilang sejak pagi semalam setelah bot dinaikinya dipercayai kehabisan minyak di perairan Bagan Datuk kira-kira pukul 3 pagi.

Menurut wakil nelayan Sungai Tiram, Rossli Mohd. Said, mangsa tersebut, Muhammad Zufar Zulkefli, 31, turun ke laut dari pengkalan Sungai Tiram di Lekir, Sitiawan di sini sekitar pukul 7 malam kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira pukul 3 pagi semalam, beliau menghantar WhatsApp kepada isterinya untuk memaklumkan bahawa botnya kehabisan minyak dan ia merupakan kali terakhir mangsa berhubung dengan ahli keluarganya.

“Pada pukul 9 pagi semalam, ahli keluarganya melaporkan kejadian kehilangan tersebut kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sebelum membuat laporan polis pada sebelah petang.

“Pencarian yang dilakukan sejak semalam di lokasi mangsa hilang dan perairan Hutan Melintang masih belum membuahkan hasil,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.


Pihak berkuasa mengadakan perbincangan berhubung operasi pencarian nelayan tersebut di pengkalan Sungai Tiram, Lekir hari ini.

Difahamkan, telah menjadi rutin bagi mangsa yang berasal dari Kampung Tersusun Batu 11 Lekir, Sitiawan untuk turun ke laut pada waktu berkenaan namun kebiasaannya akan pulang sekitar pukul 10 atau 11 malam.

“Jika lewat sekali pun, golongan nelayan akan pulang ke pengkalan dengan hasil tangkapan masing-masing pada pukul 3 atau 4 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... i-kehabisan-petrol/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062160 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list