CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7873|Reply: 0

[Kedah] Penduduk penat angkat air sejak sebulan lepas

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode

SHARIPAH ROHANI (dua dari kiri) bersama penduduk menunjukkan tong air di rumahnya yang perlu diisi di Kampung Batu Hampar, Merbok, Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – “Kami sudah letih angkat air selain terpaksa keluarkan wang sendiri untuk membeli air bersih untuk minum dan memasak.”

Demikian luahan 30 keluarga dari Kampung Batu Hampar, Merbok dekat sini yang sudah tidak dapat menahan sabar berikutan masalah bekalan air dihadapi mereka semakin kritikal sejak sebulan lalu.

Mereka mendakwa, masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun semakin meruncing pada awal Januari lepas.

Seorang penduduk, Sharipah Rohani Syed Mohamad, 62, berkata, penduduk mulai rasa penat kerana masalah itu menjejaskan urusan harian mereka sehingga terpaksa mengerah kudrat dan membazir masa me­ngangkut air dari luar.

“Memang ada air dibekalkan pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) dua hari sekali, tetapi ia tidak mencukupi terutama bagi kegunaan ramai seperti keluarga besar saya seramai enam orang.

“Tambahan bekalan air itu tidak sesuai untuk diminum dan kegunaan memasak menyebabkan kami perlu membeli air bersih dan berhabis duit sebanyak RM120 sebulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut seorang penduduk, Zainurdin Mansor, 48, dia tinggal dengan ibu bapa, isteri dan dua anak menyebabkan mereka memerlukan bekalan air yang banyak.

“Kebanyakan penduduk kampung mengangkut air dari rumah saudara yang terletak jauh dari kampung kerana kalau nak mengharapkan bekalan air yang dihantar SADA memang tidak mencukupi.

“Ketiadaan air paip sejak awal Januari lalu menyebabkan kami hidup tertekan kerana perlu menjelaskan bil dan pada waktu sama terpaksa membeli air bersih untuk diminum,” ujarnya.

Seorang suri rumah, Suhailimaton Hazami, 40, pula berkata, keadaan cuaca panas melampau sekarang menyebabkan keperluan bekalan air yang dihantar SADA perlu ditambah kekerapannya.

“Saya ada empat anak berumur antara enam hingga 17 tahun dan keadaan cuaca yang panas sekarang menyebabkan kami memerlukan air yang ba­nyak.

“Saya letih kerana perlu mengeluarkan modal untuk ­minyak kereta dan motosikal bagi mengangkut air dari rumah saudara di Merbok, selain membeli air bersih untuk diminum,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ejak-sebulan-lepas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.308204 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list