Lewandowski mengambil sepakan penalti untuk mengesahkan kemenangan 2-1 menentang Celta Vigo.
Barcelona: Tonggak Barcelona Robert Lewandowski tampil sebagai hero pasukan selepas menyumbat dua gol untuk memastikan kemenangan 2-1 berpihak kepada mereka pada pertemuan menentang Celta Vigo.
Lewandowski mencetak gol pertama sebelum tamat separuh masa pertama sebelum Iago Aspas menyamakan kedudukan untuk Celta Vigo di awal babak kedua.
Pasukan terbabit berhadapan kesusahan untuk mencari gol kemenangan sebelum mendapat sepakan penalti di masa kecederaan di separuh masa kedua.
Barcelona ketika ini berada di posisi ketiga La Liga dengan ketinggalan tujuh mata berbanding Real Madrid dan akan bertandang ke Rayo Vallecano pada hari Minggu.
Sementara itu, Atletico Madrid, yang berada di kedudukan keempat sebelum mencipta kemenangan mengatasi Las Palmas 5-0.
Skuad kendalian Xavi Hernandez akan menghadapi Napoli pada Rabu untuk 16 pasukan terbaik Liga Juara.