CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6219|Reply: 0

[Kedah] Sempat keluar ketika Mercedes-Benz terbakar

[Copy link]
Post time 18-2-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba BBP Guar Chempedak memadam kebakaran membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz CLA 200 di KM 82 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Gurun, hari ini.

GURUN – Seorang pemandu serta penumpang berdepan detik cemas apabila kereta jenis Mercedes-Benz CLA 200 dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Kilometer 82 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dilaporkan selamat apabila sempat keluar dari kereta sebelum kebakaran merebak, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berhubung kejadian pada pukul 3.18 petang tadi.



“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran melibatkan sebuah kereta Mercedes-Benz CLA 200 terbakar hampir 90 peratus di bahu lebuh raya berdekatan susur keluar ke Gurun. Tindakan memadamkan api dilakukan dan api dapat dikawal kira-kira 30 kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... edes-benz-terbakar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052149 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list