View: 5253|Reply: 18
|
[Tempatan]
Bukan Fattah Amin:Pensyarah Universiti Leiden, Belanda, Dr Surya Surya kata Panglima Awang, orang pertama yang didakwa berjaya mengelilingi dunia.Anda bangga?
[Copy link]
|
|
MELAKA: Watak Panglima Awang bukan kisah khayalan penulis Harun Aminurrashid seperti yang dipapar dalam novel berjudul serupa terbitan tahun 1958.
Sebaliknya ia adalah rakaman kisah sejarah mengenai Panglima Awang, orang pertama yang didakwa berjaya mengelilingi dunia.
Bagaimanapun, seperti mana sejarah watan yang terjajah nama anak tempatan selalu ditenggelami dan dalam kes Panglima Awang, 'tuannya' Ferdinand Magellan lebih dikenali. Sedangkan jika mengikut sejarah, Magellan sudah pun mati dibunuh di Filipina.
Baru-baru ini, Universiti Islam Melaka membongkar kisah Panglima Awang menerusi syarahan umum yang disampaikan Pensyarah Universiti Leiden, Belanda, Dr Surya Suryadi.
Dalam syarahannya itu, Suryadi berkata Panglima Awang lebih dikenali sebagai 'Enrique de Malacca' atau 'Henry The Black' dalam kalangan sarjana Barat. Namun ia tidak menenggelamkan fakta beliau sebagai anak Melayu yang belayar mengelilingi dunia antara tahun 1511-1521.
Katanya, berdasarkan catatan sejarah Panglima Awang dikatakan turut berperang menentang Portugis namun akhirnya ditawan yang menyaksikan dia dijadikan tahanan perang.
"Panglima Awang kemudiannya diserahkan kepada Magellan oleh Alfonso de Albuquerque. Ketika itu dia mungkin berumur dalam belasan tahun.
"Ketika itu, Magallen hendak meninggalkan Melaka pada Disember 1511 sesudah Melaka berjaya dikuasai Portugis.
"Menjadi hamba kepada Magellan menyebabkan nama asalnya ditukar kepada 'Henry The Black' atau 'Enrique de Malacca'," katanya.
Kongsi Suryadi, berdasarkan catatan penulis, Antonio Pigafetta yang belayar bersama Magellan antara tahun 1519 hingga 1521, Panglima Awang sentiasa mengikut lelaki Portugis itu belayar ke mana sahaja termasuk ketika pelayaran mengelilingi dunia bersama lima buah kapal dan 270 kelasi.
"Selain kapal Trinidad yang dikenderai bersama Magellan, empat lagi kapal yang turut sama belayar adalah San Antiono, Conception, Victoria dan Santiago," katanya.
Tambah Suryadi, apabila Magellan terbunuh dalam satu kejadian di Cebu, Filipina hanya sebuah kapal iaitu Victoria sahaja selamat sampai ke Portugal bersama 18 kelasi termasuk Pigafetta.
Justeru kata Suryadi, menerusi catatan Pigafetta itulah kisah Panglima Awang diketahui selain fakta berkaitan kematian Magellan.
Bagaimanapun katanya, terdapat dua versi cerita mengenai Panglima Awang. Selain versi Pigafetta, sebuah lagi catatan oleh pembantu Raja Sepanyol iaitu Maximillianus Transylvanus turut menuliskan mengenai Panglima Awang.
Transylvanus katanya, turut mencatatkan temubualnya dengan kapten Kapal Victoria, Sebastian Elcano Juan.
"Namun dalam catatan Pigafetta, walaupun dia menuliskan hanya 18 daripada 270 anak kapal selamat tiba di Portugal, tetapi Panglima Awang tidak ada dalam senarai.
"Bagaimanapun, dipercayai Elcano tahu mengenai kewujudan Panglima Awang justeru salinan catatan Transylvanus seharusnya diperoleh bagi memperincikan lagi mengenai Panglima Awang," katanya.
Tegas Suryadi, catatan Transylvanus itu dipercayai disimpan di Sepanyol dan mampu menyingkap sejarah mengenai tokoh berkenaan secara jelas. Hal ini disebabkan Pigafetta tidak menyatakan dengan tepat sama ada Panglima Awang kembali ke Melaka atau Sumatera malah mungkin terus menetap di Cebu selepas kejadian yang meragut nyawa Magellan.
Katanya, setakat ini catatan milik Transylvanus mengenai Panglima Awang disebutkan anak Melayu asal Maluku, namun Pigafetta mencatatkan lelaki itu berasal dari Sumatera.
www.bharian.com.my/rencana/sastera/2024/02/1216766/benarkah-melayu-orang-pertama-mengelilingi |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kapal tu kan ramai awak2, dia duduk depan sekali ka hence dia dulu tiba?
|
|
|
|
|
|
|
|
Panglima awang klo buat filem mmg best. Kos tinggi lak. Kapal kat melaka tu org ckp klo malam2 nanti muncul panglima awang suruh angkat sauh nak belayar.. dah cam night at museum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 27-2-2024 06:54 PM
Jangan provoke.... Ingat EmpAyar Melaka saat itu adalah Penguasa Lautan TERPALING dan TERULUNG di Alam Semesta ... Jadi Tanpa bantuan pelaut-pelaut melaka .. X akan ada pelayaran mengelilingi seluruh dunia yang akan berhasi; saat itu ....
Juga jangn membantah dongeng sejarah yang dibuat oleh prof kangkang melayu bahwa Pnglima Awang adalah orang asli melayu malaysia .. bukan berasal; dari Maluku atau Sumatera seperti yang dilaporkan oleh pensyarah Leiden itu.... ..Hehehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang angkat2 la heols. Tetiba bila tau dia kapir ka hapa, musti kena shunned. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 27-2-2024 02:40 PM
Korang angkat2 la heols. Tetiba bila tau dia kapir ka hapa, musti kena shunned.
Iols pernah baca mana ntah dulu, heols asalnya muslim tapi kemudian murtad atau dimurtadkan. Gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ate.....awang ni naik pangkat jd kapten lps Magellan kena bunuh gamaknya.......bwk kapal ni byk krew bkn mcm naik sampan dayung sorang2, sure ada pengganti Magellan yg jd kapten, kot ye btl citer nih awang bkn org pertama keliling donia |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pencacai ferdinand magellan.. soooo mesti lah bos yang claim dulu |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 27-2-2024 02:38 PM
Ceh dari Ndon rupanya.
Zaman2 dulu ni semua nusantara belom ada indon tanah melayu segala..
Melaka is including riau, sumatera sampai pahang, etc... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Radzor at 27-2-2024 07:58 PM
Magellan mmg terhutang budi dgn enrique de malacca ni. Siap wasiatkan harta dia kat panglima awang. Surat magellan ke raja dutch pun mention pasal peranan panglima awang. Tanpa panglima awang, magellan or any awak2 takkan sampai ke tahap tu |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 27-2-2024 02:34 PM
Jangan provoke.... Ingat EmpAyar Melaka saat itu adalah Penguasa Lautan TERPALING dan TERULUNG di A ...
Hitler taknak claim?
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 27-2-2024 11:47 AM
Zaman2 dulu ni semua nusantara belom ada indon tanah melayu segala..
Melaka is including riau, s ...
Eh haah kan lupa lak dedolu gomen Malindo macam gomen Riau Johor, wujud. |
|
|
|
|
|
|
|
melayu bangsa terpaling.... semua benda la nak terpaling, terpertama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada 3 gamba ms pameran Panglima Awang ni di National Art Gallery sometimes August tahun lps.
Tapi tak pandai nak share sini plk |
|
|
|
|
|
|
|
Naftalena replied at 27-2-2024 06:50 PM
Iols pernah baca mana ntah dulu, heols asalnya muslim tapi kemudian murtad atau dimurtadkan. Gitu. ...
Ada Pameran Enrique de Malacca di Balai Seni Negara.
Ni rekod dari simpanan Maggelan yang meols snap dari Balai Seni Negara.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 16-9-2024 02:11 AM
chandrahusin replied at 28-2-2024 10:48 AM
Aku ada 3 gamba ms pameran Panglima Awang ni di National Art Gallery sometimes August tahun lps.
Tap ...
Ni yang aku snap kat Balai Seni Negara
Tapi aku pergi Balai Seni Negara sebab nak tengok lukisan Frank Swettenham....sebab aku pemuja karya2 beliau... Residen General Negeri² Melayu Bersekutu (FMS)
Gigeh meols cari lokasi bangunan Residen General untuk cari view tingkap mengadap Gunung Sayong yang dilihat Frank Swettenham dulu |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kot ye pun panglima awang tu org pertama mengelilingi Dunia apa masalahnya? Realitinya kat msia ni org melayu da x jd tuan tanah lg. Umah bangli, jutawan2 semua, ekonomi, syarikat2 bsr sapa pegang? |
|
|
|
|
|
|
| |
|