CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2357|Reply: 5

Dengarnya: Bukan album R&B

[Copy link]
Post time 7-3-2011 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cikmouse at 7-3-2011 08:15

Dengarnya: Bukan album R&B

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dengarnya_BukanalbumR_B/Article

2011/03/07BARU-BARU ini, artikel kononnya Faizal Tahir kini sedang berusahamenyiapkan dua album sekali gus disiarkan dalam akhbar ini. Jika projekpertama masih mengekalkan kerjasama bersama Audi Mok, projek keduanyapula bersama komposer muda yang kian mencipta nama, Omar K.

Selepas berakhirnya musim pertama One In A Million sehingga kini,penyanyi kesukaan ramai ini sudah pun mempunyai dua album solo studio.
Jadi, apabila berpeluang bertemu dengan empunya diri baru-baruini, rakan Cik Normah yang juga antara peminat tegar penyanyi terbabitpun bertanyalah lebih lanjut mengenai projeknya bersama si Omar K.Maklumlah, komposer itu kononnya lebih cenderung kepada irama R&B,jadi dia pun ingatkan album terbabit pun dalam kategori sama jugalah.
Tetapi, kata Faizal kepadanya, album itu bukanlah album R&B!Faizal sendiri pun bukan penyanyi yang memperjuangkan genre terbabit,jadi mana mungkin dia menghasilkan album yang bukan jiwanya. Nanti lainpula jadinya.

Namun, kata Faizal kepada teman Cik Normah itu lagi, album terbabitbagaimanapun bukanlah seperti yang pernah didengar peminat sebelum ini.Maknanya, memang ia berbeza dengan apa yang pernah dihasilkannya.

Jika produk bersama Audi mungkin sudah dapat diteka sedikitsebanyak bentuknya, namun buah tangan bersama Omar nampaknya masihmenjadi teka-teki.

Cik Normah sendiri pun jadi teruja hendak mengetahui rentak bunyialbum itu nanti. Pandai pula Faizal membuat promosi awal, supayapeminatnya ternanti-nantikan album terbarunya.
Begitulah yang dinamakan artis sebenar. Bijak menyusun strategisupaya perkembangan terbaru mereka sentiasa dinanti penyokong setia.Apabila keluar produk pula, pasti ada perubahan atau peningkatan dalamhasil kerja.

Tengok saja Madonna dan Mariah Carey tu, sentiasa peka denganperubahan semasa dalam menghasilkan karya terbaru. Sebab itulah namamereka masih kekal dalam industri hiburan antarabangsa, walaupunberlambak artis muda cuba ‘mencaras’ kedudukan mereka.

Lady Gaga yang meletup-letup namanya hari ini pun tidak dapat lari daripada terpengaruh dengan imej dan muzik Madonna!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2011 11:27 AM | Show all posts
Intai kolaborasi Faizal Tahir

SEPERTI juga Mizz Nina, Alyah kini sibuk melunaskan baki pembikinan album terbarunya. Selepas meledak dengan lagu berhantu, Tak Mungkin Kerna Sayang, Alyah melancarkan single demi single iaitu lagu Ku Pinjam Satu Bintang (duet bersama Riz), Realiti Dewi dan Kau Bisu.

Kini, lagu Kisah Hati ciptaan kumpulan 6ixth Sense dipertaruhkan. Difahamkan klip video lagu terbabit akan dilakukan tidak lama lagi. Kalau jadi seperti yang dirancang, album terbarunya akan meluncur di pasaran pertengahan tahun ini.

“Ikutkan tiga lagu lagi diperlukan untuk mencukupi kuota lagu yang sudah dirakam sekali gus menjadikan jumlah semua lagu menjadi enam. Tapi jika pihak Alyah berasakan ada lagu terbaik yang boleh dimuatkan di kemudian hari, perancangan tambahan lagu akan dilakukan.

“Setakat ini, komposer terbabit ialah Julfekar, Azlan Abu Hassan dan Omar K. Alyah cuba juga merisik untuk mendapat kerjasama penyanyi Faizal Tahir untuk menyumbangkan lagu ciptaannya. Begitu juga dengan Helen Yap dan Yasin,” katanya yang turut menyanyikan lagu tema program kemasyarakatan kebanggaan Harian Metro (HM), Titipan Kasih.

(Bipop 6/3/2011)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 12:54 PM | Show all posts
kan betul, aku dah kata dah......  bukan R&B. wartawan tu mesti dh salah paham. tp takpe lah, bagus la dia follow up tnya pejal sndri. ok lah tu. adakah wartawan tersebut Hanisah Selamat, rakan cik normah yg menulis article psl tu hari tu yg cik normah maksudkan peminat tegar? cik normah ni kak nam ke? klu bkn, kak nam tu sapa, cik normah ni sapa?

aku percaya dgn kreativiti pejal, dia akan hasilkan something yg best, fresh dan unexpected...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:15 PM | Show all posts
yg peminat tegar tu ntah2 cik normah sendiri kot..sje nak coverline...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2011 08:42 PM | Show all posts
such a brilliant artist...dia tau dgn jelas aper yg dia nak dlm industri ini....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 12:32 PM | Show all posts
hebat2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063068 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list