CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11796|Reply: 141

[Tempatan] Malaysia kini di ambang krisis penyakit buah pinggang.

[Copy link]
Post time 14-3-2024 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia kini di ambang krisis penyakit buah pinggang

https://www.bharian.com.my/berit ... yakit-buah-pinggang

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Mac 14, 2024 @ 1:28pm
[email protected]


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 15.5 peratus atau lebih lima juta rakyat di Malaysia, berdepan masalah penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya lima peratus sedar mengenai penyakit yang dihidapi.

Setiap hari, kira-kira 28 individu didiagnosis sebagai pesakit yang buah pinggangnya gagal berfungsi secara kekal dan memerlukan dialisis untuk hidup.

Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib, berkata situasi itu menunjukkan Malaysia perlu menyemak dan memperbaharui komitmen untuk melaksanakan strategi dan dasar kesihatan buah pinggang sedia ada.

Beliau menyifatkan, negara kini berada di ambang krisis penyakit buah pinggang.

"Kadar pesakit dengan penyakit buah pinggang pada tahap akhir (ESRD) terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh 20 tahun ini.

"Malah ketika ini, 51,000 pesakit menghidap ESRD dan memerlukan terapi penggantian buah pinggang dan ia adalah antara kadar tertinggi di dunia," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2024, hari ini.

Azrul berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dilaporkan menjangkakan lebih 106,000 rakyat Malaysia bakal menjalani dialisis menjelang 2040 jika peningkatan kadar kegagalan buah pinggang tidak berubah.

"Ia hanya 16 tahun lagi. Setiap tahun, lebih 10,000 pesakit didiagnosis dan memerlukan dialisis dan jumlah ini semakin meningkat dan ia adalah separuh daripada menghidap diabetes.

"Kelaziman penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat seiring dengan kadar diabetes," katanya

Beliau berkata, menjelang tahun hadapan dianggarkan seramai tujuh juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes Jenis 2 dan ia adalah yang tertinggi di rantau Pasifik Barat.

Katanya, penghidap diabetes adalah 3.5 kali lebih banyak dan mereka juga berkemungkinan turut menghidap CKD.

Justeru katanya, penyakit diabetes perlu ditangani secara berkesan dari sekarang kerana ia sekali gus juga dapat memberi kesan kepada penyakit buah pinggang kronik.

"Setiap kali Parlimen bersidang, kita akan mendengar desakan supaya lebih banyak pusat hemodialisis dibina supaya lebih banyak subsidi rawatan atau perlindungan diberikan kepada lebih ramai rakyat.

"Kerajaan juga sudah menanggung sekurang-kurangnya separuh daripada perbelanjaan yang digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang kronik," katanya.

Azrul berkata, pada 2010, kerajaan membelanjakan RM572 juta untuk merawat ESRD dan kini Malaysia membelanjakan kira-kira RM3.3 bilion untuk penjagaan CKD dan ESRD setiap tahun.

Selain itu katanya, pada 2022, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membelanjakan RM334.67 juta untuk rawatan dialisis terhadap pencarumnya dan menerima sehingga 3,000 permohonan rawatan baharu setiap tahun.

"Ada sebab mengapa semakin banyak pusat hemodialisis swasta sedang ditubuhkan. Ia adalah perniagaan yang berkembang pesat, kerana lebih ramai pesakit perlu mendapatkan rawatan dialisis untuk terus hidup," katanya.

Oleh itu katanya, pencegahan dan pengesanan awal perlu terus menjadi strategi yang baik dan berkesan serta perlu berusaha untuk mengurangkan diabetes Jenis 2 dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan buah pinggang.

Katanya, individu yang menghidap hipertensi dan diabetes, berisiko tinggi untuk CKD dan harus disaring untuk meningkatkan kemungkinan bagi merawat penyakit buah pinggang lebih awal.

"Malangnya, hampir separuh daripada semua penghidap diabetes di Malaysia masih tidak didiagnosis.

"Bagaimanapun, apabila pesakit didiagnosis selepas bertahun-tahun diabetes mereka tidak terkawal selama, ia akhirnya membawa kepada kerosakan kekal pada buah pinggang," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 02:26 PM | Show all posts
boleh tahu apa punca sebenarnya? at least kami elakkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 03:35 PM | Show all posts
songket_merah replied at 14-3-2024 02:26 PM
boleh tahu apa punca sebenarnya? at least kami elakkan

dulu, masa aku jadi volunteer kat hosp. dlm ward yg penuh severe patient kidney ni mmg muda2, below 30yo. mostly diorg share one thing in common, dari kecik, berapa kecik aku tak pasti lah, maybe sejak boleh cekik dan minum kot mmg di bantai pagi petang siap malam air soda mcm sprite, coke, fanta, 100plus seangkatan nya tu, plain water langsung tak minum dan sejenis bukan aktif bersukan mahupon aktif berjoget sakan hingga larut malam. ini kita tak cerita 1 can per day ke apa. ni jenis yg togak 1.5liter 100plus tu sehari dua botol.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 03:47 PM | Show all posts
_blackbird replied at 14-3-2024 03:35 PM
dulu, masa aku jadi volunteer kat hosp. dlm ward yg penuh severe patient kidney ni mmg muda2, belo ...

owh gitu, ingat sebab makan banyak supplemen bagai
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 03:52 PM | Show all posts
gula tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri kesihatan mc sbb batu karang.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2024 06:19 PM | Show all posts
ni pun sbb consume produk timbang kilo la jugak ni

sue aje la ponder2 tu,, suh ganti dgn buah pinggang deme deme pun tak consume produk sendiri so stop  la jadi bodoe
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mknn berproses byk sgt, tepung salut ayam byk itu itu, air manis pekat, 3 in 1, ginjal penat bekerja menapis cecair
Ginjal suka air kosong, watermelon lemon timun masak singgang masak tomyam original tanpa paste tambahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 06:56 PM | Show all posts
Gaya hidup dengan gaya makan dah mismatch.

Gaya hidup dah berubah tapi gaya makan masih macam zaman nenek moyang dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 07:10 PM | Show all posts
yg mana dok minum produk kurus mcm whiteglow, ESW, vitamilk semua tu ada bagi kesan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 14-3-2024 08:45 PM
totokreturn. replied at 14-3-2024 07:10 PM
yg mana dok minum produk kurus mcm whiteglow, ESW, vitamilk semua tu ada bagi kesan tak?


Cousin iols umur 30an kidney dua2 rosak,sebb makan ubat kurus.tk tau jenama apa.bersenam tk nak,ambik jalan singkat merana dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:01 PM | Show all posts
songket_merah replied at 14-3-2024 02:26 PM
boleh tahu apa punca sebenarnya? at least kami elakkan

antaranya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
My apak tiri and my makmer dulu dua2 on dialysis.. both dah arwah.. apak tiri 7 tahun kot, makmer 2 tahun..

memang sekarang pekan kecik2 yang takde kfc pun akan ada satu hemodialisis centre..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
songket_merah replied at 14-3-2024 02:26 PM
boleh tahu apa punca sebenarnya? at least kami elakkan

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Bergantung juga.  Doktor pakar buah pinggang kata... ckd ni selalunya end up terjd kpd org yg ada penyakit darah tinggi dan kencing manis.  Dan akhir sekali, dia akan affect jantung.  Wallahua'lam.  

Jagalah mkn.  Amalkan mkn sikit tp berkhasiat.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 14-3-2024 06:31 PM
Mknn berproses byk sgt, tepung salut ayam byk itu itu, air manis pekat, 3 in 1, ginjal penat bekerja ...

Betul..kena makan makanan tradisional yg lebih elok untuk bangsa tropika.

Sebab negara kita manusia jenis mudah terhidrat.

Kena makan makanan macam Singgang,Pindang, Tomyam, Sup etc.

Lepastu kena rajin bancuh minuman berjus. Makan lengkong atau agar agar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:48 PM | Show all posts
Edited by cmf_jeangrey at 14-3-2024 10:51 PM

Ultraprocessed products (fake food) dan OEM supplements...2 benda ni penyumbang terbesar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubat spital tuh bukan suchi sesuchi embon pagi pon.

Banyak namampos ubat spital tuh yang mencederakan buah pinggang nak2 yang kena makan ubat tuh seumor hidop mcm sakit darah tinggi dan koncing manis khennn!

What Meds Might Hurt My Kidneys?
https://www.webmd.com/a-to-z-guides/medicine-hurt-kidneys

10 Medications That May Raise Your Risk of Kidney Damage
https://www.goodrx.com/health-topic/kidneys/damaging-medications

Namun, nak dibandingkan ubat2 tuh, jauhhhhh lagik berpuaka air terpaling suchi dari neraka jahanam raja segala AEFI terlaknat selayaknya dihumban ke lobang neraka jahanam tingkat ke-7 tuh!

Big P dan Pfaizahhh tersenyum sinis puaka semoga puak2 ni masok nerraka jahanam! Puih!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:39 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 14-3-2024 10:48 PM
Ultraprocessed products (fake food) dan OEM supplements...2 benda ni penyumbang terbesar

Pengambilan ubatan NSAIDs berlebihan satu lagi punca.

Non-steroid anti inflammatory drugs spt aspirin atau ibuprofen.

ubat2 yg biasa kita ambil utk deman, sakit otot, period pains etc.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:51 PM | Show all posts
"Ada sebab mengapa semakin banyak pusat hemodialisis swasta sedang ditubuhkan. Ia adalah perniagaan yang berkembang pesat, kerana lebih ramai pesakit perlu mendapatkan rawatan dialisis untuk terus hidup," katanya.
Perkongsian utk semua. Ada pilihan lain dipanggil CAPD (continuous ambulatory peritoneal dialysis). Bahasa kampung dipanggil cuci air.
HemodialysisCAPD
Rawatan Cuci darah 3x semingguCuci air 4 kali sehari
Kaedah Buat di pusat HD Buat di rumah
*CAPD tertakluk kpd kesesuaian pesakit (terutama undamaged peritoneum)



Apa wak kasi nak cakap ialah, CAPD gives a better quality of life berbanding patients on HD.


CAPD tidak sakit masa rawatan.
Pesakit CAPD mempunyai lebih kelonggaran dalam pantang makan atau had pengambilan air (pesakit HD strictly limited to 500 ml per day)

Had pengambilan air 500 ml sehari ni wak kasi cadangkan korang rasa sendiri to manage minum air tidak lebih 500 ml utk tiga hari berturut2.


Wak Kasi terpanggil utk buat komen ini kerana ramai di luar sana buat keputusan utk mak bapak derang utk "kita buat hemodialysis je lah... senang.. doctor ada.. klinik ada."

Anak2 tak pernah amik kira keselesaan org tua (kesiksaan) utk hidup dengan minum air 500ml sehari.


wak kasi
CAPD patient since Nov 2022

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 14-3-2024 03:35 PM
dulu, masa aku jadi volunteer kat hosp. dlm ward yg penuh severe patient kidney ni mmg muda2, belo ...


Senang citer kat wad tu penyakit cari sendiri la ni.


Kwn meols sorg umo 27 kene dialisis sbb hidap SLE. Dlm 12 tahun bertahan lepas tu meninggal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.140961 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list