CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6237|Reply: 0

[Kelantan] Rezeki tanam tembikai di tanah tumpang

[Copy link]
Post time 8-4-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Rezeki tanam tembikai di tanah tumpang

OlehADILA SHARINNI WAHID

08 April 2024 12:10pm








Muhamad Zulhilmi (kiri) yang dibantu Mohamad Zulfikarliff (kanan) menuai tembikai.




KOTA BHARU - Rezeki buat seorang pemuda apabila tanaman tembikai diusahakan di tanah yang ditumpang daripada seorang individu di Kampung Tikat di sini membuahkan hasil, selain laris pada musim panas.

Muhamad Zulhilmi Samurai @ Zulkifli, 24, berkata, awal-awal lagi dia sudah menerima tem-pahan secara borong daripada peniaga-peniaga di sekitar Kelantan yang mahu mengambil tembikai merah dan kuning tersebut sebaik sahaja buah itu masak.



Menurutnya, tanaman tersebut diusahakan di tanah seluas 0.2 hektar di tepi jalan di kampung berkenaan sejak tiga tahun lalu.
“Cuaca panas sekarang ini sangat membantu dan saya tak sempat nak simpan lama-lama tembikai ini kerana pemborong akan segera datang untuk mengambilnya.


“Kebun ini pula terletak di tepi jalan dan apabila saya kutip buah, orang ramai akan datang dan terus mahu membeli tembikai yang segar kerana baru saja dituai,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Menurut Muhamad Zulhilmi, dia pernah bekerja menanam pokok tropika itu di Projek Diraja Kelantan, Kampung Banggol sebelum ditawarkan tanah untuk diusahakan.

“Seorang individu membenarkan saya menggunakan tanahnya untuk tujuan baik.

“Oleh sebab saya ada sedikit pengetahuan dan kemahiran, saya ambil keputusan untuk mengusahakan tanaman tembikai bagi mendapatkan punca pendapatan,” ujarnya.




Muhamad Zulhilmi turut dibantu oleh adiknya, Mohamad Zulfikarliff, 19, dan mereka menyesuaikan jadual untuk menyemai benih pokok tembikai antaranya tiga bulan sebelum Ramadan.

Jelasnya, tembikai mengambil masa 85 hari untuk masak dan buah akan terhasil dengan baik melalui penjagaan yang rapi selain perlu dibaja dan disembur racun serangga.

“Selain cuaca panas yang membantu produktiviti tembikai, bulan puasa juga menyebabkan ramai memilih untuk menjadikan tembikai sebagai juadah berbuka.

“Saya dapat menjual dua tan tembikai bernilai RM3 sekilogram dalam tempoh sebulan dan dapatlah menggunakan untung yang diperoleh untuk sambutan Aidilfitri ini,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.168015 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list