CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8701|Reply: 0

[Kelantan] Perantau harungi perjalanan hampir 10 jam dari Kota Bharu ke Gua Musang

[Copy link]
Post time 13-4-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Perantau harungi perjalanan hampir 10 jam dari Kota Bharu ke Gua Musang


Oleh Paya Linda Yahya - April 13, 2024 @ 11:01am [email protected]




Kenderaan perantau mula bertali arus melalui daerah Gua Musang dalam perjalanan kembali ke ibu kota selepas selesai cuti sempena sambutan Aidilfitri




GUA MUSANG: Kesesakan akibat pertambahan kenderaan berikutan semakin ramai perantau dari Kelantan mahu kembali ke Kuala Lumpur, menyebabkan ada pengguna jalan raya terpaksa menempuh perjalanan hampir 10 jam dari Kota Bharu ke Gua Musang hari ini.

Tinjauan mendapati laluan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis kembali sesak dengan kenderaan perantau yang menjadikan daerah ini sebagai laluan keluar.

Setakat ini, keadaan trafik sekitar daerah ini masih lancar walaupun kesesakan berlaku di susur masuk Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Mentara.

Seorang perantau, Wan Ibrahim Wan Harun, 38, berkata dia bersama keluarga bertolak dari Kota Bharu pada jam 3.30 pagi tadi dengan harapan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Namun katanya, berlaku kesesakan yang teruk di laluan Machang ke Kuala Krai.

"Saya merancang untuk pulang ke Kuala Lumpur hari ini kerana menjangkakan akan berlaku kesesakan lebih teruk pada esok.

"Kira-kira jam 10.30 pagi tadi saya sampai di Hentian Gua Musang untuk berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

"Saya difahamkan terdapat juga kesesakan berhampiran Kuala Lipis dan berharap semoga dipermudahkan perjalanan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di Hentian Gua Musang, di sini, hari ini.

Perantau, Rohani Sulaiman, 44, memilih untuk bertolak pulang hari ini dengan harapan dapat berehat pada esok sebelum kembali memulakan kerja pada Isnin.

"Saya memilih menggunakan laluan Gua Musang-Jeli untuk ke Shah Alam. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan walaupun terdapat banyak kenderaan tetapi trafik agak lancar," katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menjangkakan daerah ini akan kembali menerima kemasukan kenderaan perantau yang pulang ke ibu kota bermula Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata pihaknya sudah melaksanakan tanggungjawab menjaga lalu-lintas yang dijangka sibuk bermula semalam.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.112166 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list