CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9700|Reply: 0

[Terengganu] Kuih akok, nganang terus dapat sambutan

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Kuih akok, nganang terus dapat sambutan

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR

14 April 2024 10:10am








Ahmad Syamim menunjukkan kuih nganang yang dihasilkannya.




KUALA TERENGGANU - Kehadiran kuih moden dan viral pada masa kini tidak menjejaskan permintaan terhadap kuih tradisional seperti akok dan nganang yang masih terus mendapat sambutan daripada pelanggan terutama golongan muda.

Lebih menarik, gerai Akok Nganang Warisan Losong yang terletak di tepi Jalan Losong Haji Mat Shafie itu sentiasa disinggahi oleh pelanggan yang terus mencari pemanis mulut tersebut selain ingin merasai keenakan kuih unik tradisional dari Terengganu.



Peniaga gerai Akok Nganang Warisan Losong, Ahmad Syamim Khozai, 32, berkata, permintaan terhadap kuih akok serta kuih nganang meningkat lebih tiga kali ganda pada musim perayaan dan cuti sekolah.


Ahmad Syamim menggunakan cara tradisional iaitu proses pembakaran menggunakan arang kayu.




“Saya sudah berniaga di gerai ini sejak enam tahun lepas bersama arwah bapa saudara saya. Kini saya mengusahakan perniagaan ini secara sendirian dengan menggunakan resipi turun-temurun daripada seorang jiran.



“Kita masih kekal menggunakan cara tradisional iaitu bakar guna arang kayu. Bahan digunakan untuk buat kuih akok dan nganang ini adalah sama iaitu telur, santan, gula, tepung beras, garam dan pewarna kuning telur.

“Selain itu, sarang daripada tembaga digunakan untuk membakar kuih berkenaan sebagai contoh kuih akok dibakar lima minit manakala kuih nganang yang bersaiz tebal hanya mengambil masa selama 10 hingga 11 minit untuk dibakar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Ahad di gerai miliknya di Kampung Losong Haji Mat Shafie di sini baru-baru ini.




Mengulas lanjut, Ahmad Syamim berkata, dia menghasilkan lebih 100 biji kuih akok dan 30 biji nganang pada hari biasa.

“Namun sambutan raya ini tempahan meningkat tiga kali ganda untuk jamuan raya dan rumah terbuka,” ujarnya.


Kuih akok yang dibakar atas dapur arang kayu.




Ahmad Syamim berkata, dia menggunakan lebih 100 biji telur dan lebih dua kilogram santan untuk menghasilkan kuih berkenaan.

Menurutnya, dia mula membakar kuih tersebut pada jam 7.30 pagi dan selesai memenuhi semua tempahan sekitar jam 5 petang.

“Gerai ini sudah mula menjual kuih bermula jam 8.30 pagi hinggalah habis terjual. Selain akok dan nganang, kita turut menjual kuih bakar perisa pandan dan beke nyior.

Katanya, kuih akok perisa asli dijual RM1 untuk satu biji manakala kuih nganang pula RM9 sebiji.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.324093 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list