View: 13080|Reply: 0
|
[Kelantan]
Laluan Gua Musang sesak, perantau mula pulang
[Copy link]
|
|
KESESAKAN luar biasa di Gua Musang dengan kenderaan perantau yang ingin pulang ke Ibu Kota. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Berakhirnya cuti panjang sempena Aidilfitri, daerah ini yang menjadi salah satu pintu keluar dari negeri ini menyaksikan limpahan kenderaan luar biasa.
Tinjauan mendapati Jalan Gua Musang-Kuala Lipis sesak sejauh lebih enam kilometer (KM) bermula di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang sehingga ke Hentian Gua Musang.
Manakala, di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Jalan Gua Musang-Jeli pula trafik bergerak perlahan susulan kenderaan perantau yang pulang ke destinasi masing-masing.
Penduduk Suriani Abdullah, 38, berkata dia terpaksa keluar seawal 6.30 pagi untuk menghantar anak ke sekolah kerana keadaan jalan yang sesak.
Menurutnya, keadaan sesak sudah dijangka, namun tidak menyangka terlalu banyak kenderaan.
"Memang saya sudah jangka jalan akan sesak, namun kesesakan sangat luar biasa apabila kereta tidak bergerak di bulatan Lingkaran Tengah Utama (LTU).
"Hari ni semua jalan menghala keluar dari Gua Musang sesak termasuk jalan di hadapan sekolah anak saya iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2," katanya.
Penduduk lain Zulkifli Yahya, 42, berkata dia berharap dua projek LTU dapat dipercepatkan bagi mengurangkan kesesakan pada musim perayaan.
"Saya rasa sangat penting projek ini dipercepatkan untuk kemudahan perantauan untuk pulang dan kembali ke ibu kota.
"Hari ini pun kalau kita tengok, kenderaan adakalanya tidak bergerak di bulatan projek LTU sehingga menyebab kesesakan luar biasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya sudah membuat penyuraian sejak semalam sehingga jam 2 pagi tadi.
"Pagi ini pihak polis akan menyuraikan laluan Gua Musang-Kuala Lipis. Kami sentiasa komited membantu dan memudahkan urusan pengguna jalan raya yang melalui daerah ini.
"Diharap pengguna dapat bersabar kerana kesesakan ini berpunca daripada pertambahan kenderaan perantau yang akan pulang ke destinasi masing-masing," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erantau-mula-pulang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|